Sunday 3 February 2013

Cinta Terakhir Berakhir.


Suatu hari pada dua tahun lebih yang lalu satu perasaan telah timbul di dalam hati. Ia amat mendalam, perasaan itu hanya terasa bila sesuatu yang kita nampak di mata lalu hati berkata CINTA dan SAYANG. Perasaan ini akan timbul dalam hati buat semua insan
yang mempunyai pasangan hidup, lebih-lebih lagi untuk pasangan sehidup semati. tapi tak banyak yang mati bersama. Hidup dan mati di tangan tuhan. dan sebegitu ada yang bejanji "AKU MENUNGGUMU DI PINTU SYURGA".

Selama hidupku sehingga hari ini tiada yang cukup indah bila bersamanya, hanya masa yang membezakan dulu dan sekarang. Manusia sentiasa berubah, ada berubah pada yang lebih baik dan ada yang sebaliknya. Ini semua berlaku disebabkan peredaran masa yang tidak menunggu kita. Apa yang kita berubah hanya boleh dinilai oleh orang lain. Tanpa teguran kita belum pasti segala yang kita buat adalah yang terbaik. Kita jangn perlekeh pada seseorang yang baru mula berubah. dan jika kita memuji jangn pula kita ungkit kelemahan seseorang itu. kerana ia boleh melemahkan semangat seseorang untuk berubah.

Aku tiada tempat lain lagi untuk luahkan isi hati aku. kalau taip kat facebook cepat hilang sebab setiap hari ada wall post yang baru.. Ahhh.aku mahu disayangi oleh insan lain selain dari keluarga aku sendiri. Aku sentiasa mencuba berubah pada yang lebih baik. jangn la pandang aku yang dulu. aku tak sangka kau mengatakan " DIA adalah cinta terakhir selepas aku " perhhh!!! rasa gelap sekejap hati aku.. (aku tergamam). di manalah pandanganmu terhadap aku ini? adakah aku lelaki yang paling teruk kau pernah cinta? Selama aku mencintai kau, aku tak pernah sesekali tinggalkan kau. aku tak perlukan perempuaan lain untuk gembirakan aku. aku setia dengan kau!.

Masa itu aku baru mengenalimu. aku jatuh cinta padamu dan ku terima dirimu seadanya.. untuk menguatkan rasa cinta dan kepercayaan pada kau. " Aku BERSUMPAH sekiranya kau ditimpa musibah sehingga cacat anggota badan sekalipon ", aku masih menerima kau untuk sehidup semati dengan aku. Jika aku terpaksa menerima cinta selain dari mu yang tidak lahir dari hati, bagai mana keadaan jiwa dan perasaan aku setelah berumah tangga?. Kita sama-sama makin dewasa, sama-sama boleh berfikir. segala yang aku lakukan adalah untuk masa depan aku dan untuk masa depan kamu.. Aku berharap kau jangan samakan aku yang dahulu.

Luahan yang merapu, tapi aku serius!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...