Monday 29 October 2012

Genap 20 Tahun

     Ya hari ini merupakan genap sudah umurnya 20 tahun, sudah besa rupanya dia. tak sangka, sebab apa? rupa parasnya tak separas dengan umur. tapi tak mengapa. bukan rupa paras yang aku kira, yang penting jiwa tu ikhlas mencintai seseorang.

     Okay, di sini saya nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada NUR HIDAYAH BINTI AZIZ semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dan semoga ceria selalu. Saya mintak maaf sebab tak dapat hadir sambut hari jadi awak. sorry sangat-sangat, saya ada class. nanti saya datang saya beri hadiah tau, jangan sedih-sedih okay. miss you sayang.

Sebelum terlupa, saya nak refresh memory bersama awak. jangan lupa tengok video ni okay... <3 <3 <3


Thursday 4 October 2012

Life aku di GMI Bangi

My Life so different.

Assalamualaikum, apa khabar pembaca blogger semua, sihat? hahaha moga-moga sihat la ya. Rasanya lama jugak saya tak update blog ni., bukan apa takde idea nak tulis, merapu ade la kejap lagi ni. =P

Sejak study kat GMI ni macam-macam berlaku dalam hidup saya, tak tahu la apa yang jadi lepas ni, sekarang sudah masuk bulan October, sudah semester 2 dekat GMI. Sekarang ni baru settle buat loan MARA, macam-macam masalah dan kerenah, itu tak lengkap ini tak lengkap nak kena ada cop pengesahan lagi, hadoi macam ni rupanya nak buat loan. seksa kot...

Masalah pertama, isi borang  tak lengkap. sebab apa? nama ibu blacklist sebab jadi penjamin, dan peminjam tu pulak lepas habis study tak reti-reti nak baya balik kat MARA, memang tak lepas la saya nak buat loan, pihak MARA cakap peminjam yang ibu saya jadi penjamin tu ada hutang lagi lebih kurang RM23000. ha!?? tekejut family saya dengar. siapa nak baya sampai banyak macam tu? so saya nak buat pinjaman untuk pengajian dari MARA ni macam mana?  untuk pengajian saja RM4000 + RM720 untuk hostel (hostel bukan free) untuk 1 sem. haihhhh.. macam mana la saya boleh sangkut masuk GMI ni....?? Mahal betol..  punca masuk GMI sebab saya apply tempat lain susah nak dapat. apply GMI senang ja. bagi semua documents yang GMI nak lepas tu terus dapat masuk.. dah masuk baru tahu kos kat GMI ni macam mana.. sedih-sedih. teruskan je lah..

Akhirnya.. akhirnya loan MARA dapat settle. macam mana boleh settle? ha itu antara family saya dengan pihak MARA. yang saya perlu tahu loan saya lepas, bukan tak nak ambil tahu. kepala dah serabut fikir pasal loan tu. Sekarang loan dah settle tapi, masih tak happy lagi, sebab buat loan dapat RM40.900. sepatutnya RM48000. puncanya lambat apply loan. MARA kira start dari semester 2, sebab dalam borang tarikh lulus loan bulan Julai, so kiranya kos pengajian untuk semester 1 kena tanggung sendiri. lagi sakit macam ni...

Sekarang tunggu loan masuk account, tak tahu la bila nak masuknye. masuk jer duit terus pegi baya, saya tak nak tangguh-tangguh lagi. nanti macam-macam masalah timbul kalau lambat bayar. (takut terguna untuk benda lain). hati-hati kalau duit banyak dekat tangan.

okay sampai sini dululah..  ni gamba yang latest.. (nak habaq) saya yang bag hitam+hijau tu.. Location: KT5 tingkat 10 GMI




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...