Sunday 10 March 2013

Senyumku Untuk Siapa


Sudah lama menunggu hingga kini tiada jawapan yang pasti.  Jika aku boleh
undurkan masa, aku mahu pergi disaat pertama kali bertemu sidia. Pertemuan
yang sangat indah dan sukar dilupakan. Tetapi aku tidak punyai kuasa untuk mengundurkan waktu walaupon sesaat..

Kini senuanya hanya tinggal kenangan.. Aku selalu memikirkannya tidak kira waktu dan sekarang kehidupan aku semakin sunyi. Apa yang aku rasa adalah hanya tinggal secebis perasaan yang tidak berpunya. Perlahan-lahan aku cuba serasikan dengan kehidupan aku agar aku tidak terus lumpuh untuk meneruskan cita-cita demi masa depan aku..

"Aku milik siapa" itulah perkataan yang aku sering fikirkan dan memeningkan kepala aku. Aku tidak mahu kerana ayat itu aku menjadi pendiam, Apa yang aku lakukan waktu ini adalah mencari tempat untuk menggembirakan hati aku, tidak kira dari sesiapa, dan aku harap seseorang yang menggembirakan aku itu berniat ikhlas dan jujur.

Aku berusaha gembirakan orang lain dan berharap orang itu dapat menggembirakan aku juga. Aku suka melihat bibirnya tersenyum walaupon hanya "Senyum cikit" keikhlasannya dapat dirasa. Hari demi hari, hati aku dihiasi dengan senyumannya, walaupon sesaat ia dapat membuatkan aku tersenyum kembali padanya. "Amat bermakna bagiku".

Aku dapat berjumpa sidia hanya sekali buat waktu ini, aku harap suatu hari nanti aku dapat berjumpa sidia lagi dan mahu melihat senyumannya didepan mata hatiku. Senyumannya tidak dapat aku lupakan dan sukar untuk aku lukiskan bertapa manisnya bibir seorang yang ikhlas memberi senyuman. "Senyum itu sedekah" dan ia adalah senjata yang paling tajam untuk menggembirakan hati orang lain.

"Senyumlah selalu kerana ia dapat melembutkan hati dan pasti senyumanmu itu dibalas kembali"





Saturday 2 March 2013

Bicara Sang Pujangga



Aku sendiri sukar mengerti
Mengapa jantung ini berdebar bagaikan mahu gugur ke bumi
Aku sendiri tidak memahami
Mengapa terasa sepi di dunia ini apabila kau jauh dari sisi
Tersentak diriku apabila hati ini belajar mengenal erti cemburu.

Aku kelu sendiri, memikirkan keanihan yang menimpa diri
Seakan-akan melayang di udara
Ohh... indahnya perasaan ini, membuat aku sentiasa ingin
Tersenyum selalu.

Kupandang wajahnya yang tidak seindah ratu cantik Malaysia
Jauh sekali ratu cantik dunia
Kulihat senyumannya tidak semanis Nora Danish
Kulihat kerdipan matanya yang tidak selincah Ikin...
Oppss itu isteri Mawi.

Aku kelu sendiri, kaku bagaikan lumpuh seluruh badan
Oh... di manakah keindahan wanita ini
Aku tidak percaya bahawa aku boleh mencintai wanita ini
Tidak ada apa-apa keistimewaan padanya untuk aku banggakan
Sekelumit pun tidak ada ciri-ciri wanita idamanku.

Lalu, aku memilih untuk meninggalkannya,menjauhinya
Aku memilih untuk melukai hatinya
Melukai perasaannya. Aku memaksa diri untuk mengasarinya
aku terpaksa melakukannya demi membuang perasaan ini
Demi membunuh cinta ini, dan menamatkan rasa sayang ini.

Namun, sukarnya membuang rasa rindu
kosongnya jiwa ini tanpamu di sisi wahai gadisku
Aku mahu mengetepikan segalanya
Aku mahu kau jadi permaisuriku wahai gadis.
Namun malangnya kau kini dikebas musuhku
Peritnya hatu ini menyedari rupanya tiada cinta darimu
Untukku.

Namun egoku tidak akan menyerah kalah...
Kau akanku miliki
Tidak akan pernah aku membenarkan kesukaanku dirampas
Orang
Sekalipun kau menangis air mata darah untuk kembali
Kepada kekasihmu
Tidak akan aku lemah terhadap air matamu itu...
Kerana kini baru ku sedari,
Kaulah wanita yang sangat cantik dalam hidupku selain
nenekku
Wahai gadisku, akulah sang pujangga yang tidak pernah lelah.

Petikan Dari Novel Cinta Untukmu - Siti Nur Dhuha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...