Saturday 10 November 2012

Convocation Bersama siDia at GMI Bangi.

     Aku dikira bernasib baik kerana Convocation diadakan di tempat aku sambung diploma, iaitu di German Malaysian Institute (GMI).Inilah pertama kali dalam hidup aku merasai macam mana bila convo, rasa gementar campur gembira. memang ramai tetamu yang hadir. parking kereta penuh tambah dengan keadaan yang hujan, sungguh sesak. Aku memberi tahu keluarga aku agar datang awal untuk mudah mendapatkan tempat parking kereta.

Convocation ini berlangsung selama 4 hari 5-8 November 2012. Dalam jadual aku pada sidang ke-3 iaitu hari terakhir. Mengetahui segala program tersebut aku merancang untuk bertemu sidia yang juga akan convo bersama. Sebelum ketibaan dia di GMI aku berharap dapat luangkan masa bersamanya, tetapi sayang, dalam minggu itu juga class aku tetap berjalan seperti biasa. tapi.... aku ponteng class jugak.. hehehe.. mena tahan buah hati datang tuu.... dah lama tak jumpa, nak lepas rindu....

Bila ternampak wajahnya. mata hatiku tersenyum, ketika itu dia sedang memegang phone menanyakan aku di mana, sedangkan aku sudah terlihat dia dari jauh... Rindunya pada sidia...



Saat bergamba bersama sidia dan family aku.

Tahniah kerana awak telah Graduate!.. 


Monday 5 November 2012

Windows 8

     Windows 8 adalah satu perisian yang dihasilkan oleh Microsoft untuk kegunaan komputer peribadi, komputer riba, dan tablet. Perisian Windows 8 telah dilancarkan pada 26 Oktober 2012.

Windows 8 telah dinaik taraf  terutamanya memberi tumpuan ke arah meningkatkan pengalaman pengguna yang pada peranti mudah alih seperti tablet untuk menyaingi sistem operasi lain seperti Android dan IOS dan penambahbaikan USB 2.0 kepada 3.0

Microsoft telah meningkatkan ciri-ciri keselamatan yang baru seperti penapisan malware dan secure boot. Operasi tersebut dalam bentuk digital untuk mengelakkan malware daripada menjangkiti proses boot. Jika anda telah memiliki Windows 8, anda pasti akan merasa kepantasan operasinya. dari segi startup, shutdown serta transfer data.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...