Monday 10 December 2012

Cinta antara sayang dan pengorbanan.


Lirik lagu ini adalah sebahagian dari ungkapan dari hati ku.






Perpisahan itu selalu terjadi
Kepada insan yang bercinta
Sungguh sedihnya rasa
Apabila ianya terjadi

Perpisahan bermula dari dua hati
Yang kehendaknya tak dituruti
Ataupun manusia
Yang berperasaan benci

( korus )
Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa jiwa kerana kehilangannya
Oh oh... mengapa terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari dia takkan kembali

Rintangan dari orang yang tak sudi
Menerima cinta dari hati ini
Menarik diri dan pergi
Membawa serpihan hati yang sepi

( ulang korus )

Perpisahan itu sungguh menyedihkan
Tapi semuanya di tangan takdir
Kita dikatakan pasangan bahagia
Oh... kini terasing luka
Oh... kini terasing luka
Perpisahan mengasing kita


Saturday 10 November 2012

Convocation Bersama siDia at GMI Bangi.

     Aku dikira bernasib baik kerana Convocation diadakan di tempat aku sambung diploma, iaitu di German Malaysian Institute (GMI).Inilah pertama kali dalam hidup aku merasai macam mana bila convo, rasa gementar campur gembira. memang ramai tetamu yang hadir. parking kereta penuh tambah dengan keadaan yang hujan, sungguh sesak. Aku memberi tahu keluarga aku agar datang awal untuk mudah mendapatkan tempat parking kereta.

Convocation ini berlangsung selama 4 hari 5-8 November 2012. Dalam jadual aku pada sidang ke-3 iaitu hari terakhir. Mengetahui segala program tersebut aku merancang untuk bertemu sidia yang juga akan convo bersama. Sebelum ketibaan dia di GMI aku berharap dapat luangkan masa bersamanya, tetapi sayang, dalam minggu itu juga class aku tetap berjalan seperti biasa. tapi.... aku ponteng class jugak.. hehehe.. mena tahan buah hati datang tuu.... dah lama tak jumpa, nak lepas rindu....

Bila ternampak wajahnya. mata hatiku tersenyum, ketika itu dia sedang memegang phone menanyakan aku di mana, sedangkan aku sudah terlihat dia dari jauh... Rindunya pada sidia...



Saat bergamba bersama sidia dan family aku.

Tahniah kerana awak telah Graduate!.. 


Monday 5 November 2012

Windows 8

     Windows 8 adalah satu perisian yang dihasilkan oleh Microsoft untuk kegunaan komputer peribadi, komputer riba, dan tablet. Perisian Windows 8 telah dilancarkan pada 26 Oktober 2012.

Windows 8 telah dinaik taraf  terutamanya memberi tumpuan ke arah meningkatkan pengalaman pengguna yang pada peranti mudah alih seperti tablet untuk menyaingi sistem operasi lain seperti Android dan IOS dan penambahbaikan USB 2.0 kepada 3.0

Microsoft telah meningkatkan ciri-ciri keselamatan yang baru seperti penapisan malware dan secure boot. Operasi tersebut dalam bentuk digital untuk mengelakkan malware daripada menjangkiti proses boot. Jika anda telah memiliki Windows 8, anda pasti akan merasa kepantasan operasinya. dari segi startup, shutdown serta transfer data.


Monday 29 October 2012

Genap 20 Tahun

     Ya hari ini merupakan genap sudah umurnya 20 tahun, sudah besa rupanya dia. tak sangka, sebab apa? rupa parasnya tak separas dengan umur. tapi tak mengapa. bukan rupa paras yang aku kira, yang penting jiwa tu ikhlas mencintai seseorang.

     Okay, di sini saya nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada NUR HIDAYAH BINTI AZIZ semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dan semoga ceria selalu. Saya mintak maaf sebab tak dapat hadir sambut hari jadi awak. sorry sangat-sangat, saya ada class. nanti saya datang saya beri hadiah tau, jangan sedih-sedih okay. miss you sayang.

Sebelum terlupa, saya nak refresh memory bersama awak. jangan lupa tengok video ni okay... <3 <3 <3


Thursday 4 October 2012

Life aku di GMI Bangi

My Life so different.

Assalamualaikum, apa khabar pembaca blogger semua, sihat? hahaha moga-moga sihat la ya. Rasanya lama jugak saya tak update blog ni., bukan apa takde idea nak tulis, merapu ade la kejap lagi ni. =P

Sejak study kat GMI ni macam-macam berlaku dalam hidup saya, tak tahu la apa yang jadi lepas ni, sekarang sudah masuk bulan October, sudah semester 2 dekat GMI. Sekarang ni baru settle buat loan MARA, macam-macam masalah dan kerenah, itu tak lengkap ini tak lengkap nak kena ada cop pengesahan lagi, hadoi macam ni rupanya nak buat loan. seksa kot...

Masalah pertama, isi borang  tak lengkap. sebab apa? nama ibu blacklist sebab jadi penjamin, dan peminjam tu pulak lepas habis study tak reti-reti nak baya balik kat MARA, memang tak lepas la saya nak buat loan, pihak MARA cakap peminjam yang ibu saya jadi penjamin tu ada hutang lagi lebih kurang RM23000. ha!?? tekejut family saya dengar. siapa nak baya sampai banyak macam tu? so saya nak buat pinjaman untuk pengajian dari MARA ni macam mana?  untuk pengajian saja RM4000 + RM720 untuk hostel (hostel bukan free) untuk 1 sem. haihhhh.. macam mana la saya boleh sangkut masuk GMI ni....?? Mahal betol..  punca masuk GMI sebab saya apply tempat lain susah nak dapat. apply GMI senang ja. bagi semua documents yang GMI nak lepas tu terus dapat masuk.. dah masuk baru tahu kos kat GMI ni macam mana.. sedih-sedih. teruskan je lah..

Akhirnya.. akhirnya loan MARA dapat settle. macam mana boleh settle? ha itu antara family saya dengan pihak MARA. yang saya perlu tahu loan saya lepas, bukan tak nak ambil tahu. kepala dah serabut fikir pasal loan tu. Sekarang loan dah settle tapi, masih tak happy lagi, sebab buat loan dapat RM40.900. sepatutnya RM48000. puncanya lambat apply loan. MARA kira start dari semester 2, sebab dalam borang tarikh lulus loan bulan Julai, so kiranya kos pengajian untuk semester 1 kena tanggung sendiri. lagi sakit macam ni...

Sekarang tunggu loan masuk account, tak tahu la bila nak masuknye. masuk jer duit terus pegi baya, saya tak nak tangguh-tangguh lagi. nanti macam-macam masalah timbul kalau lambat bayar. (takut terguna untuk benda lain). hati-hati kalau duit banyak dekat tangan.

okay sampai sini dululah..  ni gamba yang latest.. (nak habaq) saya yang bag hitam+hijau tu.. Location: KT5 tingkat 10 GMI




Friday 24 August 2012

Di pagi Syawal 2012

Assalamualaikum, first sekali saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca-pembaca blogger dan mohon ampun jika ada tersilap taip ke, salah ayat ke, ayat tak sesuai ke, harap semua dapat memafkan saya dengan seikhlas  hati.

Alhamdulillallah kita telah berjaya menunaikan rukun islam yang ke-3 iaitu berpuasa di bulan Romadhan. kepada yang tidak bernasib baik kita doakan supaya Allah membuka rahmatnya untuk membuka pintu hati hambanya agar tabah dan kuat semangatnya untuk menghadapi bulan Ramadhan tahun hadapan insyaallah..

Pada tahun ni saya dan family tidak beraya di kampung (Perak), kerana ayahda ku baru saja dapat cucu yang ke-2. Opah dan Tok Wan  yang akan datang sini, (Tanjung Karang). i <3 Tanjung Karang.(kawasan jem bila nak raya or lepas habis raya).

Selepas sembayang raya,  aku dan semua adik beradik ku berkumpul di ruang tamu, seperti biasa setiap tahun akan memohon ampun atas semua kesalahan yang kami buat yang sengaja atau tidak sengaja.Terucaplah kemaafan dari mulut dan menistisnya air mata yang menjadi tanda restunya kemaafan dari keluarga.

Sewaktu aku menyentuh tangan ayahku untuk bersalam, aku terus berasa sedih. Aku melihat wajah ayahku yang semakin usia, ku terus mencium tangannya. bila ku cium tangan ayahku, kulihat kulitnya sangat keras dan berkedut. Inilah tangan yang membesarkan aku. "Abah, selamat hari raya abah, saya minta ampon atas dosa saya selama ini abah, saya selalu buat abah marah, maafkan saya abah. saya doakan abah panjang umur, murah rezaki, dan sihat sentiasa" Ku terus memeluk ayahku dan aku terus menangis. "Abah maafkan kamu, abah doa kan kamu sihat, panjang umur, murah rezaki, belajar rajin, dan kamu tak lama lagi nak berumah tangga. lepas habis belajar, kerjalah elok-elok".

Hatiku berasa tenang dan selesa selepas bermaafan bersama keluaraga. Aku teringat apa yang ayah aku ucapkan tadi, rasa gemuruh seluruh darah dalam  tubuh badan aku. Aku akan ingat kata-kata ayah aku tu. aku akan pastikan hidup aku tak sia-sia insyaallah..

Kita hanya merancang, Allah yang menentukan..








Saturday 11 August 2012

You're my everything santa esmeralda


na na na ... 
You're my everything 
The sun that shines above you makes the blue bird sing 
The stars that twinkle way up in the sky 

Tell me I'm in love, when I kiss your lips 
I feel the rolling thunder to my finger tips 
And all the while my head in a spin 
Deep with in I'm in love 

You're my everything and nothing 
Really matters but the love you bring 
You're my everything 
To see you in the morning with those big brown eyes 
You're my everything 
Forever and the day 
I need you close to me 
You're my everything 
You never have to worry never fear 
For I am near when I hold you tight 
there's nothing that can harm you in the lonely night 
I'll come to you and keep you safe and warm 
Yes, so strong my love 

You're my everything 
I live upon the land and see the sky above 
I'll swim within oceans sweet and warm 
There's no storm my love 

Thursday 9 August 2012

Network oh network



Sudah lama aku tingglkan ilmu network ni.. aku masih save gamba yang En. Ruslan tulis kat white board.  cuma aku dah tak ingat sampai aku kena fire dengn sifu IKM aku  (En. Zul) hahaha...  sekarang aku kena study balik sebab aku meneruskan pembelajaran aku dalam bidang network security..  i'm sorry sebab dah tak ingat. Apa yang berlaku dapat sedarkan aku dari kelemahan yang ada pada diri aku.
ye Nadim Apeng  nama ko ade aku tak tinggal.. hahaha

Friday 3 August 2012

Hati yang melukis!



Cinta itu buta. tapi yang buta sebenarnya adalah seorang yang butala... hahaha.. Hari ni baru rasa nak update blog. rasanya tak banyak nak cakap sebab tengah ade class Math sekarang ni.. hehehe.. duduk belakang-belakang update blog!  Okay, gambar kat atas ni adalah sesorang yang aku sayang, yang merindui aku, yang aku teramat rindu, dah macam-macam lagilah.. sampai tak tercakap. jangan gelak pulak, saya lukis dengan iklas dan saya tahu saya bukan seorang yang pandai melukis. so faham-faham la ya.. hargai hasil kerja orang lain okay.. :)  Rasanya cukupla  sampai sini dulu.. kalau saya ada benda nak share saya update okay.. kepada Daya Aziz, saya harap awak dapat menerima gamba yang saya lukis ini okay, jangan nangis-nangis tau.. miss you sayang.. <3 <3 <3

Tuesday 24 July 2012

Aku Bekas Seorang IT Technician



Pengalaman seorang IT Technician

Aku baru 2 tahun menceburi bidang IT ni. itupon sebab aku ambil sijil dalam jurusan teknologi komputer. Pengalaman aku banyak waktu praktikal, aku praktikal waktu bulan puasa. Tempat aku praktikal di DEMC Shah Alam. dan aku sebagai IT Technician dekat tempat tu. banyak ilmu yang aku dapat time praktikal, macam-macam masalah ada pasal computer,  yang paling aku menyampah bila dapat report dari nurs kat level 5 tu. die buat report melalui telefon. Dia cakap kat aku komputer kat level 5 ni ade masalah. die bagi tahu level berapa bilik mana user sapa.

     Aku pon tanya la masalah apa? biasanya orang akan cakap apa masalahnya. screen tak display ke?, mouse tak function ke?,  computer langsung tak boleh onn ke? printer tak boleh print ke? ni tak, dia cakap " ada masalah ada malah. susah nak cakap masalahnya apa ", disebabkan aku malas nak fikir lama-lama aku pon naik la level 5 tu, department aku kat ground floor. jauh jugakla bilik die bile nek atas. Sampai jer aku kat loby level 5 tu ada nurs tu panggil aku suruh datang cepat kat tempat dia. Rupanya die la yang buat report tadi tu. kat computer tu ade dua orang nurs, menggedik-gedik plak dia. aku tngok computer okay jer display okay mouse okay semua, rupa-rupanya bukan masalah tu.. Time tu dia tengah text apa ntah dekat Microsoft Excel, rupa-rupanya yang dia cakap masalah tu sebenarnya diorang tak tahu nak cari simbul degrees [ ° ]  perrhhhhh!!!! terbaikkkk aku penat-penat dari bawah naik atas, cakap masalah computer bagai nak rak dekat aku, rupanya sebab tak reti nk insert simbul, dah la bulan puasa. saba jerlahhhh..

Okay yang atas ni cerita pengalaman time praktikal, ni aku nak cerita time aku sambung buat diploma pulak.. member-member aku memang ramai yang ada basic tentang computer ni. Aku praktikal dekat company so aku lebih pada Desktop la. lappy memang aku tak penah repair, bukak 1 skru pon tak penah. Okay ni baru nak mula ceritanya.. hahaha sabar-sabar.. kisah ini terjadi bila member aku sorang ni service lappy dia kat member aku sorang lagi tu. aku tak kesahlah sebab yang tolong service tu boleh kata skill dia hebat bila bukak-bukak lappy ni. aku yang tak pernah bukak lappy rase berminat la pulak. so aku pon tolong la mana-mana yang aku boleh, dalam waktu yang sama ada lagi sorang membe aku datang tengok aku tengah bukak-bukak lappy, ntah macam mana die pon nak jugak service lappy dia. Aku ni dah la takde pengalaman bukak lappy ni, tapi aku tengok die confident bagi lappy die kat aku suroh service. so aku tak nak menghampakan die aku pon tolonglah service-kan.. takut jugak aku bukak lappy orang, kang tak hidup nanyer aku nanti. bukak punya bukak akhirnya berjaya.. Dia cakap masalah lappy dia asyik panas dan fans processor laju gila-gila bunyi macam singa mengaum!. Bunyi singa mengaum tu yang tak tahan tu.

      Bila sudah cuci-cuci semua, aku pasanglah satu persatu. siap pasang lappy tu terus onn... dia cakap okay, semua okay senyap dah takde bunyi bising-bising, lappy pon dah tak cepat panas macam sebelum ni.
Aku rasa bangga kot sebab firsr time bukak terus okay.. hahaha yang buat aku puas hati bila dia cakap lappy dia senyap tak bunyi bising dah, Confirm!  Dalam sejam lepastu dia call aku dia cakap " wei sound aku tak bunyi " aku pon pelik, tadi cakap semua okay senyap gila-gila. Ha ambil kau senyap terus aku bagi dengan sound skali tak bunyi. hahahaha tegelak aku kat dalam bilik.. nak sangat senyap tak nak bunyi bising okay la tu an an an??? hahaha

     Inilah pengalaman aku bekas seorang IT Technician  yang tak pernah bukak 1 skru lappy. maap-maap yer hahaha~ petua yang aku dapat " JANGAN BUKAK LAPPY DEPAN OWNER " sebab bila kita tak dapat nak bukak dengan cara yang betol mesti kita cuba kepak-kepak. dan jika kepak depan owner mesti owner lappy cakap SLOW-SLOW sikit hahaha.. tapi kalau tak cuba kepak, kita tak tahu bagaimana nak bukak, so try and error la.. so pengalaman tu penting! ingat tu.


Monday 23 July 2012

Oh Lappy ku sayang Lenovo ThinkPad SL400

Ya inilah dia aset yang aku ada dan yang paling mahal aku penah beli. selain dari ni tak de. jenama dari LENOVO ThinkPad model SL400. Masa first beli dulu harga RM1800 tak de OS kosong takde windows + dengan bag laptop RM200 ngam-ngan RM2000.. Masa aku beli tu tahun 2010, kini dah hampir 2 tahun aku guna. yang aku paling sedih sebab repair screen.. puncanya tersenggul kat pintu class. RM600 repair tu jer, mana taknya screen LED 14inci. Habis duit elaun prektikel untuk 1 bulan.. hahaha nasib-nasib..


Sekarang dah tahun 2012. teknologi memang cepat. lappy aku processor Core2 Duo jer. time aku beli dulu i3 baru kuar, aku memang tak mampu la nak ambik i3 masa tu, ibarat kalau sekarang ni nak beli i5 takde RM2500 tak payah mimpi laaa..hahaha... Ini pon dah cukup untuk aku. bila tengok member-member semua guna i5 memang tak tahan la.. tapi nak buat mana saba je lahh.. aku masih sayang kau LENOVO ThinkPad SL400!!! jangan bedulik sangat.. teknologi memang cepat, kita tak mampu nak kejar. teknologi sentiasa berubah ape yang ade tu dijaga simpan elok-elok jangan dijual.


Oh Lappy ku sayanggg...Ha ni aku buat entry pasal ko, ko jangn merajuk pulak. jangn nak datang penyakit pelik-pelik. windows aku update. sebab aku sayang ko sangat aku sanggup beli antivirus BitdefenderPluss.. takde crack-crack, hari-hari update ape lagi nak? RAM pon dah up to 4GB bagi ko laju sikit, cuma Hard disk jer aku tak tuka. sebab aku dah ade External Hard Disk. Hahaha..




Lappy LENOVO ThinkPad SL400  aku sayang kauu!!!!!


Pesanan dari saya:


Jagalah lappy anda jangn ganaz-ganaz tau, nanti dah jahanam baru tahu beguna atau tak lappy tu. selamat beramal... 

Sunday 22 July 2012

Anak Melayu Pertama Dilantik Felo Di Oxford



Video inilah yang memberi aku semangat untuk terus sambung study. tak rugi kalau tengok, mungkin lagi rasa bangga sebab bangsa sendiri. aku di peringkat diploma ni pon merangkak, apa ntah lagi  nak jadi macam insan yang dalam video tu??? usahalah selagi mampu. aku suke la tengok video ni... =P

Adakah anda kaki LIKE??? .


LIKE??


saya dgn seluruh ahli keluarga saya
............
...............
............
....... serta
...............
Perdana Menteri
Timbalan Perdana Menteri
.........................
Menteri Agama
Menteri Badan Usaha Milik Negara
Menteri Pertahanan
Menteri Dalam Negeri
Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia
Menteri Kebudayaan dan kesenian
Menteri Kehutanan
Menteri sumber manusia
Menteri Kelautan dan Perikanan
Menteri Kesihatan
Menteri Kewangan
Menteri Komunikasi
Menteri Koperasi
Menteri Luar Negeri
Menteri Tenaga kerja
Menteri Pembangunan Daerah Desa
Menteri kebudayaan dan kesenian
Menteri Belia Dan Sukan
Menteri Pendidikan
Menteri Perdagangan
Menteri Ekonomi
Kepala Badan Perencanaan Pembangunan Nasional
Menteri Perhubungan
Menteri Perindustrian
Menteri Pertahanan
Menteri Pertanian
Menteri Perumahan Rakyat
Menteri Teknologi
Menteri sastera Negara
Menteri Sosial
Menteri Tenaga

pengetua
guru besar
cikgu kanan
cikgu hem
cikgu seni
cikgu sejarah
cikgu math
cikgu pjk
pembantu kerani
cleaner

mat dispet
mat pet
mat lima suku
mat rempit
mat belia

pemilik facebook
pekerja facebook

chef
tukang basuh pinggan
pelayan

Doktor
nurse
pesakit
pelawat pesakit
kerani hospital

Manager Hotel
Manager Restoran
Manager Sea food
Manager Supermarket

pekerja hotel
pekerja angkat barang hotel
pembawak lori

encik Mark Zuckerberg
encik abu
encik hassan
encik anuar
cik siti
cik joyah
cik minah

abg manan
abg mior
abg sepul

ah Long
ah Chai
mutusamy Karupiah
ranjit singh

tok mudim
tok ketua
tog guru
pak imam
bilal
ketua daerah
penjawat awam
penjawat swasta
kaki lepak
budak skola
budak skola perempuan
pekerja mydin
pekerja the store

budak emall
budak skim cepat kaya
budak siber
kaki anta virus
kaki cilok cips poker org

orang gila
Pengemis
dan Seluruh Kampung
geng wasted's stuyvesant
............
............

MEREKA SEMUA MENYUKAI POST ANDA!!!
´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶
´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶¶¶¶¶´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´´¶¶´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´¶¶´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶´´´¶´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶´´´´´´´´´´´´¶´¶¶´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´¶¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´¶´´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´¶¶
´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶

Saturday 21 July 2012

Kenangan manis dari sidia yang berjauhan.



Aku cinta kepadamu wahai Muhamad Tahir .
kau selalu dihati ku , tiap detik dan waktu .
kau yang manja , kau yang mengada .
Aku yang lemah tanpamu .
Oh tahir !
Jangan tinggalkan aku walau sesaat .
Aku perlukanmu .



P/s: Kepada Muhamad Tahir Bin Mohd Lias . Jangan sesekali kau curang kepadaku .

Kalau kau curang , itu bermakna , kau tak sayang aku . Jangan ade perempuan lain selain aku .
Aku akan kecewa dan terus kecewa dan kecewa kecewa lagi dan lagi .
Semoga Bahagia Selalu , jangan lupe pada NUR HIDAYAH BINTI AZIZ .
Kau tetap dihati ini . Sekian .




DARI KEKASIHMU :


-NUR HIDAYAH BINTI AZIZ-
SELASA, 8 Februari 2011
Jam: 6:08 PM .

Cerita aku masa aku sem 2 di IKM Lumut


Begini Ceritanya...


Pada tahun ini aku telah sambung belajar di ikm lumut. aku di sana mengambil sijil technology computer.
sekarang aku sudah pada semester dua.. ramai kawan telah aku temui. mereka semua baik-baik dan sekepala dengan aku.
yang paling aku rapat ialah Nazss.. die seorang yang pandai edit gambar. software yang die guna Photoshop.
aku tak tahu apew yang best sangat dengan benda tu. tapi suke hati die lah janji die tak kacau aku, aku tak kacau die.
member-member sekelas dengan aku semua pandai-pandai.. cume aku jer yang malas sikit.. yang penting semua assignment siap
dan hantar.. cikgu-cikgu aku semua okey jer tak ade masalah dengan diorang. yang paling ngam dengan kami encik Roslan, Encik Zul dan Encik Kharizan.
semua cikgu-cikgu tu banyak pengalaman... eh lupa pulak, Encik Zul tu ketua Course kami. tapi aku tak tahu die mengaja subjek ape.
Encik Kharizan pulak pembantu Encik zul, Encik Kharizan mengajar subjek Elektronik, Encik Kharizan banyak membantu kami untuk lulus
dalam subjek die pada final exam... kami pon selalu membantu die bila die memerlukan bantuan. Encik Roslan pulak die guru kelas kami, die
pemilat bola sepak. pasukan Arsenal menjadi pilihannya.. memang fanatik giler-giler sampai semua eksesori keretanya semua warna merah dan
mempunyai lambang Arsenal.. huhuhu.. memang terbaik!!!.. ha Encik Roslan mengajar subjek Networking. kami panggil cikgu pon Encik Lan, yang die ajar
semua pasal connettion LAN.. haha cable LAN crose cable stright cable A dan B.. mula-mula macam susah, tapi bile ikut step by step
senang jer rupanya.. cuma nak configure jer yang susah sikit nak setting IP address.. contoh 192.225.1.2 sampai sekarang aku tak reti nak buat.
final exam semester lepas aku cuma dapat pointer 3.05, semester dua nie aku nak taget 3.5 kalau ade rezki.. mudah-mudahan dapat la..
sapew yang tak nak bejayakan? semua orang nak... tapi ade satu subjek yang aku dan member sekelas tak faham ape yang disampaikan cikgu. subjek tu subjek OS
(OPERATING SYSTEM) kami tak faham sebab benda tu adalah perisian computer, ia bersifat maya tak boleh dipegang.. cuma nota bab sejarah OS jer panjang leba..
kami semua tak ambil port pasal subjek tu.. hahaha~ yang kami tau "umi dah pesan buku tu dibaca, dihafal nanti masuk periksa.." kikiki.. kalau nadim bace
apa yang aku tulis ni mesti die gelak giler-giler and die nak print screen nak upload kat FaceBook pastu " Tag " ramai-ramai.. pastu kecoh satu kelas.. hahaha
tiga hari tak tuka topik.. wakakaka..
dan sekarang aku berada di sem 2 jugak tapi diperingkat diploma plak dekat German Malaysian Institute (GMI) Bangi. Aku ambil course Network Security, jadi hacker lah aku lepas nie. siap la korang satu-satu aku hack! hahahaha (gelak jahat).. kau tungguuuu!!!

Friday 20 July 2012

Kencing Berdiri



Topik: Dakwah


                  Ada satu kitab menyatakan bahawa syaitan juga sering mengalami
                  sakit-sakit dan patah riuk kaki dan tangannya dalam usaha
                  mengganggu dan melalaikan manusia.Walau seteruk mana pun
                  penyakitnya dan patah kakinya, namun ada sejenis ubat yang
                  mampu membantu memulihkan penyakitnya itu.

                  Boleh dikatakan setiap hari syaitan dan iblis mengalami patah
                  kaki dan tangan yang serius hingga dimasukkan ke wad ICU
                  hospital syaitan dan iblis. Tapi kita sebagai umat Islam
                  jugalah yang rupanya bersimpati dengan nasib iblis-iblis ini
                  dengan memberikan mereka ubat supaya sihat.
                  Dipendekkan cerita, suatu hari bapa iblis telah mengarahkan
                  anak-anaknya supaya pergi mengganggu umat Islam yang baru
                  hendak solat di masjid. Apabila sampai sahaja di masjid, si
                  anak-anak iblis ini sudah bersedia untuk menghasut dan
                  melalaikan para jemaah. Tiba-tiba berkumandanglah azan. Maka
                  larilah iblis dan syaitan yang dilaknat lintang pukang. Ada
                  yang terlanggar bukit, pokok besar, busut dan seumpamanya dan
                  mereka lari sehingga tak terdengar lagi di telinga mereka
                  laungan azan.

                  Maka iblis-iblis tadi meraung kesakitan kerana cedera parah.
                  Ada yang patah tangan, yang patah kaki, yang patah leher, yang
                  terseliuh dan sebagainya. Lalu datanglah bapak ibis tadi.
                  Melihatkan kecederaan yang dialami anak-anaknya, bapa iblis
                  lalu memberitahu bahawa hanya ada satu saja ubat yang boleh
                  menyembuhkan kecederaan parah yang mereka alami itu. Lalu bapa
                  iblis menyuruh anak-anaknya yang cedera agar pergi ke rumah
                  orang Islam dan carilah air kencing orang yang kencing berdiri
                  dan sapulah ke tempat yang luka cedera parah. Sepantas kilat
                  mereka pergi ke rumah orang Islam dan mencari orang Islam yang
                  kencing berdiri lalu melakukan sebagaimana yang diarahkan bapa
                  mereka. Dengan serta merta kecederaan mereka sembuh bagai
                  sediakala. Sejak dari itu, anak-anak dan keturunan iblis yang
                  cedera parah akibat mengganggu manusia, akan pergi mendapatkan
                  air kencing orang Islam yang kencing berdiri untuk dijadikan
                  ubat.

                  Kesimpulannya, orang yang kencing berdiri inilah yang tanpa
                  kita sedari telah menjadi punca iblis sentiasa sihat dan segar
                  bugar. Ramai mengetahui, orang lelaki kebanyakannya kencing
                  berdiri, hinggakan complexes pun menyediakan tempat kencing
                  berdiri untuk orang lelaki. Oleh itu, jangan kencing berdiri,
                  kerana tentu kita tak mahu menjadi doctor bagi syaitan dan
                  iblis yang sentiasa menyesatkan umat, betul tak??? Tolong
                  sebarkan! Wallahua’lam?.

Thursday 19 July 2012

How To Remove Virus Short Cut



The good side of these viruses is that they don’t delete the actual content. It was just hide in our Flash Drive. We can easily recover all the files.
Step 1: If you are affected by Shorcut Viruses,Do not format your Flash or External Drive. If you format you can’t Recover it.
Step 2: Check your Flash Drive’s Drive Letter ( Example : I: or K:)

Step 3: Click on “Start” –>Run–>type “cmd” and click on OK
Step 4: If your Flash Drive Letter is K: then Type the below command in your “cmd” and Press “Enter
attrib -h -r -s /s /d k: *.* (Check the screenshot ) Note : Replace the letter k: with your flash drive letter


Step 5 : Now your files will be visible.Make sure to keep the antivirus up-to-date to prevent viruses.


Wednesday 18 July 2012

Facebook oh facebook!

Facebook oh facebook!

Di icon inilah aku mengenal seseorang lebih mendalam  yang aku tidak sangka muncul dalam hidup ku. walaupon aku hanya mampu tersenyum padanya sewaktu mula-mula jumpa. Bermulanya kisah aku dan dia  sewaktu aku study di IKM Lumut tahun 2010. aku dan dia dalam jurusan yang sama iaitu Teknologi Komputer sama jurusan tapi aku masuk awal so aku seniorlah. okay sebelum tu aku nak bagi tahu dulu aku playboy hahaha jahat aku ni.. tapi zaman gemilang aku dah berakhir. Aku mencuba Life baru dengan berlandaskan kesetiaan dan kejujuran. Akhirnya aku telah menjumpai sinar wajah yang ku harap dapat bersama-sama hidup dengan Life aku yang baru tu. Rupa parasnya (orang tua-tua cakap kalau isteri lebih tinggi dari suami itu tandanya murah rezeki) mudah mudahan begitulah.. aminnn...

Bertarikh 20/10/2010 terikatlah satu ikatan yang dipersetujui oleh aku dan dia. Aku berharap dialah cinta terakhir aku, kerana aku tidak mahu ulangi zaman lampau aku., yang aku tak sangka dia pandai menyanyi tergamam aku dengan member aku masa first time dengar die nyanyi live depan-depan. Lagu pertama yang aku dengar tajuk dia Setelah aku Kau Miliki penyanyi asal Shima. Perrhhhh!!!  siap tepuk tangan time tu. rase malu pulak nak nyanyi depan die. aku dengan member aku suara bukan sedap bila nyanyi. hahaha

Kini sudah hampir dua tahun aku bersamanya, dia cakap ni first time die couple yang dapat bertahan sampai hari ini. Dia cakap sayang sangat dengan hubungan yang kami cipta. huhu tersentuh hati aku bila die cakap macam tu. aku pon tak pernah jugak dapat couple lame macam ni. sekarang aku dan dia sudah tamat belajar kat IKM Lumut tu, and aku terus sambung study kat GMI, dia baru abis prektikel so rehat-rehatlah dulu kat umah sambil apply kat mana-mana boleh sambung study. aku harap die dapat sambung lagi. yelah sape tak nak tengok buah hati berjayakan? diepon nak aku berjaya jugak. ye.. insyaallah~

Mudah-mudahan aku dan dia dapat terus bersama sampai ke pelamin. aminnn...



Kembali menjinak membuat blog. tak faham design baru nie.


Assalamualaikum w.b.t

ini kali ke-2 saya membuat blog yang tidak sekreatif manapon.. baru nak jinak2 dengan blog, hahaha. masa first dulu ade la 2 tahun lepas time study kat IKM Lumut. sekarang dah sambung kat GMI. okay cukup2. okay pic atas ni member aku yang snap. aku copy jer hahah sorry Adha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...