Friday 24 August 2012

Di pagi Syawal 2012

Assalamualaikum, first sekali saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca-pembaca blogger dan mohon ampun jika ada tersilap taip ke, salah ayat ke, ayat tak sesuai ke, harap semua dapat memafkan saya dengan seikhlas  hati.

Alhamdulillallah kita telah berjaya menunaikan rukun islam yang ke-3 iaitu berpuasa di bulan Romadhan. kepada yang tidak bernasib baik kita doakan supaya Allah membuka rahmatnya untuk membuka pintu hati hambanya agar tabah dan kuat semangatnya untuk menghadapi bulan Ramadhan tahun hadapan insyaallah..

Pada tahun ni saya dan family tidak beraya di kampung (Perak), kerana ayahda ku baru saja dapat cucu yang ke-2. Opah dan Tok Wan  yang akan datang sini, (Tanjung Karang). i <3 Tanjung Karang.(kawasan jem bila nak raya or lepas habis raya).

Selepas sembayang raya,  aku dan semua adik beradik ku berkumpul di ruang tamu, seperti biasa setiap tahun akan memohon ampun atas semua kesalahan yang kami buat yang sengaja atau tidak sengaja.Terucaplah kemaafan dari mulut dan menistisnya air mata yang menjadi tanda restunya kemaafan dari keluarga.

Sewaktu aku menyentuh tangan ayahku untuk bersalam, aku terus berasa sedih. Aku melihat wajah ayahku yang semakin usia, ku terus mencium tangannya. bila ku cium tangan ayahku, kulihat kulitnya sangat keras dan berkedut. Inilah tangan yang membesarkan aku. "Abah, selamat hari raya abah, saya minta ampon atas dosa saya selama ini abah, saya selalu buat abah marah, maafkan saya abah. saya doakan abah panjang umur, murah rezaki, dan sihat sentiasa" Ku terus memeluk ayahku dan aku terus menangis. "Abah maafkan kamu, abah doa kan kamu sihat, panjang umur, murah rezaki, belajar rajin, dan kamu tak lama lagi nak berumah tangga. lepas habis belajar, kerjalah elok-elok".

Hatiku berasa tenang dan selesa selepas bermaafan bersama keluaraga. Aku teringat apa yang ayah aku ucapkan tadi, rasa gemuruh seluruh darah dalam  tubuh badan aku. Aku akan ingat kata-kata ayah aku tu. aku akan pastikan hidup aku tak sia-sia insyaallah..

Kita hanya merancang, Allah yang menentukan..








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...