Thursday, 4 October 2012

Life aku di GMI Bangi

My Life so different.

Assalamualaikum, apa khabar pembaca blogger semua, sihat? hahaha moga-moga sihat la ya. Rasanya lama jugak saya tak update blog ni., bukan apa takde idea nak tulis, merapu ade la kejap lagi ni. =P

Sejak study kat GMI ni macam-macam berlaku dalam hidup saya, tak tahu la apa yang jadi lepas ni, sekarang sudah masuk bulan October, sudah semester 2 dekat GMI. Sekarang ni baru settle buat loan MARA, macam-macam masalah dan kerenah, itu tak lengkap ini tak lengkap nak kena ada cop pengesahan lagi, hadoi macam ni rupanya nak buat loan. seksa kot...

Masalah pertama, isi borang  tak lengkap. sebab apa? nama ibu blacklist sebab jadi penjamin, dan peminjam tu pulak lepas habis study tak reti-reti nak baya balik kat MARA, memang tak lepas la saya nak buat loan, pihak MARA cakap peminjam yang ibu saya jadi penjamin tu ada hutang lagi lebih kurang RM23000. ha!?? tekejut family saya dengar. siapa nak baya sampai banyak macam tu? so saya nak buat pinjaman untuk pengajian dari MARA ni macam mana?  untuk pengajian saja RM4000 + RM720 untuk hostel (hostel bukan free) untuk 1 sem. haihhhh.. macam mana la saya boleh sangkut masuk GMI ni....?? Mahal betol..  punca masuk GMI sebab saya apply tempat lain susah nak dapat. apply GMI senang ja. bagi semua documents yang GMI nak lepas tu terus dapat masuk.. dah masuk baru tahu kos kat GMI ni macam mana.. sedih-sedih. teruskan je lah..

Akhirnya.. akhirnya loan MARA dapat settle. macam mana boleh settle? ha itu antara family saya dengan pihak MARA. yang saya perlu tahu loan saya lepas, bukan tak nak ambil tahu. kepala dah serabut fikir pasal loan tu. Sekarang loan dah settle tapi, masih tak happy lagi, sebab buat loan dapat RM40.900. sepatutnya RM48000. puncanya lambat apply loan. MARA kira start dari semester 2, sebab dalam borang tarikh lulus loan bulan Julai, so kiranya kos pengajian untuk semester 1 kena tanggung sendiri. lagi sakit macam ni...

Sekarang tunggu loan masuk account, tak tahu la bila nak masuknye. masuk jer duit terus pegi baya, saya tak nak tangguh-tangguh lagi. nanti macam-macam masalah timbul kalau lambat bayar. (takut terguna untuk benda lain). hati-hati kalau duit banyak dekat tangan.

okay sampai sini dululah..  ni gamba yang latest.. (nak habaq) saya yang bag hitam+hijau tu.. Location: KT5 tingkat 10 GMI




20 comments:

  1. sebelah tu owner blogsuamkuku.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. salam nak ty..eduloan mara kan? Berapa lama ye ambil masa lepas hantar semua dokumen termasuk buku perjanjian baru dpt duit? berapa bulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau baru masuk sem 1, biasa sem 2 baru dpt.. mmg mcm tu la kalau pengalaman sy.

      Delete
    2. nak tanya saya student ukm jauh tak dari tempat saya nak ke ktm ukm?

      Delete
  3. Nak tenye siket. Belajar kat gmi ni sebernanya macam mana ? Praktikal je ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. belajar dekat gmi ni senang je.Contohnya macam baju kotor hantar dobi,kalau lapar makan dekat kafe,barang keperluan pergi koperasi,asrama ada lift,nak cari gaduh atau nak kena pukul datang bilik 7

      Delete
  4. Nak tenye siket. Belajar kat gmi ni sebernanya macam mana ? Praktikal je ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tngok course jugak.. ada jugak theory.. nk ambil course apa??

      Delete
  5. Nak tanya.. boleh dptkan biasiswa mara x kalau belaja kat gmi? Lagi satu chemical engineering ada x?

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum...
    Nk Tanya..blaja d GMI OK ke... Adakah pembelajarn dlm bhs inggeris shj

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. bro. sy bakal msuk GMI utk DIP Network Security insyaAllah bulan Julai 2014 ni.. tpi masih lg pening+ragu2+50/50 and mcm2 lagi la.. Course yg sy bakal amek ni leh tmbah sy punya pening x? peluang kerja besaq ka kecik.. mechatronics vs network security mana gi okay? sbb dua2 sy minat. payah ni... adoi.. pening aaa

    ReplyDelete
  8. apakah Anda pernah mencari tawaran pinjaman tertentu? Mungkin pemberi pinjaman yang sah atau pinjaman murah dan cepat sebesar 2% per tahun untuk membayar tagihan darurat dan utang? hubungi kami sekarang, greatfuturefinancialservices@gmail.com

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...nak tanye GMI nie kena temuduga jugak ke macam mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure la plak, tp masa saya masuk dulu xde pon interview... maybe yg special kes jer kot yg ada interview...

      Delete
    2. Assalamualaikum..Saya bkl menyambung pelajaran dekat GMI dlm bahagian Suitable Power & Energy Distribution.Senang x nak dpt pekerjaan.Dan GMI ada offer x nak sambung pelajaran di luar negara untuk degree.

      Delete
  10. Hi assalamualaikum :) Alhamdulillah saya dpt mara. susah sngt tak study sana?? takut stress melampau je sobsob TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi macam mana awak boleh dapat mara? Biasiswa ke

      Delete
  11. Salam...saya nak tanya...saya dpt tawaran Diploma PIC kat GMI...PIC ni apa eh...dgr2 psl instrumentation ngn Controller tp ia psl apa?...cerah x peluang pekerjaan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...