Friday 8 February 2013

Kalaulah Kau Baca Blog Ini



Satu ketika aku mencari terasa tak mungkin ianya akan ku jumpa. Tiba masa aku terlihat, ia sudah tidak bermakna lagi.. Pandangan sebelah mata atau buat tak ENDAH itulah reaksi aku. Kini apa yang aku ada hanyalah kenangan sejarah yang tidak akan dapat aku lupakan. Huhhhh~ Senafas Rindu Berlalu.

Waktu ini, hanya Mi Sedap yang dapat menemani aku untuk aku meneruskan ayat-ayat pada entry aku kali ini. Huh! terasa nikmat kesedapan Mi sedap rasa bahagia sangat-sangat...apa? nak?? pegi masak sendiri. masak Mi Sedap pon malas ke? payah  kalau orang yang nak makan tapi malas nak masak sendiri. kebulurlah kau kat situ. Eh! asal macam lari tajuk pulak ni??
Hehehe~ sorry-sorry...

Sekarang sudah pukul 23:03 bermakna sudah 23jam 3 minit berlalu untuk hari ini. asal, pelik ke aku cakap? Err~.  Aku teringat kata-kata dari family aku  " BERSEDIA UNTUK TIDAK MEMILIKI APA-APA ". Setiap hari waktu bersiap untuk ke kelas, di hadapan cermin almari aku, aku selalu mendoakan orang yang di dalam cermin itu berubah pada  yang lebih baik. kerana aku tahun apa yang dia miliki. orang di dalam cermin itu adalah aku. " Siapakah diri kau pada masa hadapan? " itulah soalan yang aku selalu bertanya pada diri aku sendiri..

Aku berasal dari kampung bersekolah rendah dan menengah di kawasan kampung. Berkubang di parit, pancing belut di paranggan sawah belakang rumah.. wah ada bunyi banjar sikit. tapi aku berketurunan jawa. jawanya pon sikit-sikit je boleh. Waktu aku bersekolah menengah dahulu aku tidak tahu arah tuju aku. keputusan SPM yang mengarut. Masa tu keputusan SPM tu tak penting untuk aku. yang penting aku dah tamat sekolah. Kini baru aku sedar tanpa sijil SPM tu siapalah aku sekarang ini.

Tahun 2009 aku mula sedar pelajaran dan kemahiran amat penting, aku mula belajar semula. Pada 2010 IKM Lumut tempat aku mulakan  semula cita-cita aku.. Hanya untuk mendapatkan sijil kemahiran aku mengorbankan masa selama dua tahun.. Aku cuba mendapatkan keputusan yang terbaik.. akhirnya Alhamdulillah aku berjaya mendapatkan sijil kemahiran. kemahiran apa?? lupa pulak nak tulis, Sijil Kemahiran Teknologi Komputer.. sebenarnya aku sendiri pelik,. SPM aku subjek BI 9G kot.. macam mana aku boleh ambil jurusan komputer?

Kini sudah 2013 aku sedang melanjutkan pelajaran aku ke peringkat diploma dalam jurusan Pengawal Rangkaian  (" Network Security" cakap omputih). Aku sebenarnya masih tidak sangka yang aku sudah berada di tahap ini yang aku perlu ingat adalah bersyukur..  aku budak kampung bai. bukan nak bangga. tapi aku kesian member aku yang duduk kampung  yang malas nak cuba mencari jalan lain untuk belajar lagi dan berjaya walaupon dengan menggunakan kemahiran..

Kalaulah kau baca blog ini, aku harap kau dapat mengubah diri sendiri. Tanyalah diri tu di hadapan cermin " Siapa kau selepas ini? ". aku menulis entry ini bukan untuk korang sahaja tapi untuk diri aku juga. Setiap kali aku ontheway pergi ke kelas dan lalu tepi kereta lecturer aku pasti melihat cermin, untuk melihat diri aku dan bertanya lagi " siapa diri kau? dah la tak hensem~ Err... "..   (0_o!)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...