Thursday 31 January 2013

Sejarah Aku Seorang Pencinta


          Hari ini aku nak update blog aku yang tak berapa cantik macam korang punyer blog.. aku dah boring tak tahu nak buat apa.. so aku nak update blog aku yang dah agak lama senyap. Hari-hari aku sekang ni makin suram, tak banyak yang membuat aku happy sejak hubungan aku dengan kekasih hati aku bercelaru. dia tiada title awek bagi aku, sebab bagi aku title "awek" ni tak special bagi seseorang yang aku mahu jadikan teman hidup dunia akhirat, bagi aku la.. bagi korang lantak koranglah..

Aku masih menyayangi dia kerana janji aku dia adalah "CINTA TERAKHIR" aku. Aku tak tahulah janji sebegitu mampu pertahankan hubungan atau tidak. Bagi aku, aku tak perlu berjanji setia pada dia sebab aku sememangnya SETIA! bukan nak belagak tapi hakikatnya aku memang setia. Kalau aku berjanji akan setia, macam aku pernah curang plak sebelum ni.. Serius aku tak tipu...

Okay lah, aku nk cerita sedikit pengalaman bercinta aku. Aku ni tak hensem mana pon.. Tak macam Nadim Apeng.. Dulu aku nih seorang pemalu. skang malu tu ada lagi cuma dah kurang sikitlah.. maksud malu aku tu malu dengan pompuan.. masa first aku couple tahun 2004 waktu tu aku form 2. Nokia 3310 tengah top masa tu, aku nak rasa macam mana bercinta ni, tapi nak mengorat tak reti lagi so member aku yang tolong ayatkan.. time tu 1 SMS Rm0.10 cube bayangkan kalau 100 SMS sehari, anggaran kasar la..
huh! masakkk beb.. Cinta pertama aku, cinta SMS. aku dok Selangor dia dok Kedah. jauh giler.. sebab tu la aku cakap cinta SMS, tak pernah jumpe pon.

Bila dah mula pandai bercinta nih, mula la rasa nak tunjuk kelakian, dah mula rasa nak cari awek lain hahaha. Ha! skang aku nk buat pengakuan yang aku dulu "PLAYBOY" serius! Aku tak tahulah dah berapa kali aku couple.. ada masa form 3 tu aku pernah couple 4 perempuan pada waktu yang sama. uit! belagak lak aku nih... hahaha biasa la budak nakal...Pada tahun 2006 aku sudah mula boring dengan sikap aku yang Playboy tu. sejak mula masuk form 4 aku mula azam baru aku berubah mencari cinta yang setia.

Masa form 4 aku terlihat seorang perempuan dan bakal yang  menjadi cinta pertama yang aku paling setia. akhirnya aku berjaya memikat dia.. yang aku terkejut dia adalah adik kawan aku sendiri, kawan sebelah meja aku plak tu.. kawan aku tu siap bagi warning lagi kalau nk date jangan depan dia.. hahaha ye baik abang.. terus panggil abang kat kawan aku tu.. lawak betol.
Aku teramat setia pada awek aku tu. tetapi hanya bertahan 2 tahun saja.. dia hilang terus diam tiada khabar berita.. mungkin itu balasan terhadap aku yang permainkan perasaan perempuan masa aku PlayBoy dulu.. Sungguh pedih, perit, sensara dan macam-macam lagi yang hati aku rasa bila ditinggalkan.. inilah kesakitan yang aku buat pada awek-awek aku yang sebelumnya.
Sejak peristiwa itu aku berdiam diri aku berharap dia kembali pada aku. aku kena terima hakikat yang aku single! aku belajar semula hidup single..

Tiga tahun selepas itu, pada tahun 2010 aku sambung study di IKM Lumut. (Sem 1) Tiada yang menarik! maksud aku dak pompuan yang study kat situ la.. tiada yang aku minat langsung. Tiba masuk Sem 2 aku tngok budak junior baru masuk. Aku mula membuka pintu hati aku untuk bercinta yang setia buat kali ke-2. Rupa parasnya tinggi, hitam manis, niat aku untuk mencari yang
benar-benar setia, aku tak memilih, tak cantikpon tak apa, aku hanya mahu KESETIAAN & KEJUJURAN.  Aku mula mengenali dia, dia orang area situ jugak, anak ke-4 dari 5 beradik. Permulaan pengenalan yang sangat tenang. Nama dia NUR H_____ Binti AZ_Z. umur dia bawah 20 tahun tapi rasanya tak penting untuk korang tahu.

Akhirnya bertarikh 20/10/2010 aku dan dia bercouple. Dia bukan awek aku tetapi dia merupakan kekasih hati dan juga teman hidup dunia akhirat aku. Dia cukup ISTIMEWA bagi aku. Perlahan lahan kayuh sehingga bertemu family dia, aku tak sangka family dia baik sungguh dengan aku, aku cukup terharu. Mula disaat itu aku bukan sahaja sayang pada dia, malah pada family dia juga. aku tak pernah
couple sampai macam tu..serius!. Hari ini sudah 2 tahun lebih aku bersama dia.. aku masih lagi setia, tiada perempuan lain untuk aku gantikan. Dia segalanya buat aku. Sekiranya aku kehilangan dia, aku rela  tak kawin. aku mahu bersendirian. Cinta aku padanya tidak ternilai. aku berharap jika aku ada jodoh bersamanya aku mahu nyanyikan lagu Permata Untuk Isteri padanya.. InsyaAllah..


 Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...