Wednesday 18 July 2012

Facebook oh facebook!

Facebook oh facebook!

Di icon inilah aku mengenal seseorang lebih mendalam  yang aku tidak sangka muncul dalam hidup ku. walaupon aku hanya mampu tersenyum padanya sewaktu mula-mula jumpa. Bermulanya kisah aku dan dia  sewaktu aku study di IKM Lumut tahun 2010. aku dan dia dalam jurusan yang sama iaitu Teknologi Komputer sama jurusan tapi aku masuk awal so aku seniorlah. okay sebelum tu aku nak bagi tahu dulu aku playboy hahaha jahat aku ni.. tapi zaman gemilang aku dah berakhir. Aku mencuba Life baru dengan berlandaskan kesetiaan dan kejujuran. Akhirnya aku telah menjumpai sinar wajah yang ku harap dapat bersama-sama hidup dengan Life aku yang baru tu. Rupa parasnya (orang tua-tua cakap kalau isteri lebih tinggi dari suami itu tandanya murah rezeki) mudah mudahan begitulah.. aminnn...

Bertarikh 20/10/2010 terikatlah satu ikatan yang dipersetujui oleh aku dan dia. Aku berharap dialah cinta terakhir aku, kerana aku tidak mahu ulangi zaman lampau aku., yang aku tak sangka dia pandai menyanyi tergamam aku dengan member aku masa first time dengar die nyanyi live depan-depan. Lagu pertama yang aku dengar tajuk dia Setelah aku Kau Miliki penyanyi asal Shima. Perrhhhh!!!  siap tepuk tangan time tu. rase malu pulak nak nyanyi depan die. aku dengan member aku suara bukan sedap bila nyanyi. hahaha

Kini sudah hampir dua tahun aku bersamanya, dia cakap ni first time die couple yang dapat bertahan sampai hari ini. Dia cakap sayang sangat dengan hubungan yang kami cipta. huhu tersentuh hati aku bila die cakap macam tu. aku pon tak pernah jugak dapat couple lame macam ni. sekarang aku dan dia sudah tamat belajar kat IKM Lumut tu, and aku terus sambung study kat GMI, dia baru abis prektikel so rehat-rehatlah dulu kat umah sambil apply kat mana-mana boleh sambung study. aku harap die dapat sambung lagi. yelah sape tak nak tengok buah hati berjayakan? diepon nak aku berjaya jugak. ye.. insyaallah~

Mudah-mudahan aku dan dia dapat terus bersama sampai ke pelamin. aminnn...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...