Sunday 10 March 2013

Senyumku Untuk Siapa


Sudah lama menunggu hingga kini tiada jawapan yang pasti.  Jika aku boleh
undurkan masa, aku mahu pergi disaat pertama kali bertemu sidia. Pertemuan
yang sangat indah dan sukar dilupakan. Tetapi aku tidak punyai kuasa untuk mengundurkan waktu walaupon sesaat..

Kini senuanya hanya tinggal kenangan.. Aku selalu memikirkannya tidak kira waktu dan sekarang kehidupan aku semakin sunyi. Apa yang aku rasa adalah hanya tinggal secebis perasaan yang tidak berpunya. Perlahan-lahan aku cuba serasikan dengan kehidupan aku agar aku tidak terus lumpuh untuk meneruskan cita-cita demi masa depan aku..

"Aku milik siapa" itulah perkataan yang aku sering fikirkan dan memeningkan kepala aku. Aku tidak mahu kerana ayat itu aku menjadi pendiam, Apa yang aku lakukan waktu ini adalah mencari tempat untuk menggembirakan hati aku, tidak kira dari sesiapa, dan aku harap seseorang yang menggembirakan aku itu berniat ikhlas dan jujur.

Aku berusaha gembirakan orang lain dan berharap orang itu dapat menggembirakan aku juga. Aku suka melihat bibirnya tersenyum walaupon hanya "Senyum cikit" keikhlasannya dapat dirasa. Hari demi hari, hati aku dihiasi dengan senyumannya, walaupon sesaat ia dapat membuatkan aku tersenyum kembali padanya. "Amat bermakna bagiku".

Aku dapat berjumpa sidia hanya sekali buat waktu ini, aku harap suatu hari nanti aku dapat berjumpa sidia lagi dan mahu melihat senyumannya didepan mata hatiku. Senyumannya tidak dapat aku lupakan dan sukar untuk aku lukiskan bertapa manisnya bibir seorang yang ikhlas memberi senyuman. "Senyum itu sedekah" dan ia adalah senjata yang paling tajam untuk menggembirakan hati orang lain.

"Senyumlah selalu kerana ia dapat melembutkan hati dan pasti senyumanmu itu dibalas kembali"





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...