Friday, 8 February 2013
Kalaulah Kau Baca Blog Ini
Satu ketika aku mencari terasa tak mungkin ianya akan ku jumpa. Tiba masa aku terlihat, ia sudah tidak bermakna lagi.. Pandangan sebelah mata atau buat tak ENDAH itulah reaksi aku. Kini apa yang aku ada hanyalah kenangan sejarah yang tidak akan dapat aku lupakan. Huhhhh~ Senafas Rindu Berlalu.
Waktu ini, hanya Mi Sedap yang dapat menemani aku untuk aku meneruskan ayat-ayat pada entry aku kali ini. Huh! terasa nikmat kesedapan Mi sedap rasa bahagia sangat-sangat...apa? nak?? pegi masak sendiri. masak Mi Sedap pon malas ke? payah kalau orang yang nak makan tapi malas nak masak sendiri. kebulurlah kau kat situ. Eh! asal macam lari tajuk pulak ni??
Hehehe~ sorry-sorry...
Sekarang sudah pukul 23:03 bermakna sudah 23jam 3 minit berlalu untuk hari ini. asal, pelik ke aku cakap? Err~. Aku teringat kata-kata dari family aku " BERSEDIA UNTUK TIDAK MEMILIKI APA-APA ". Setiap hari waktu bersiap untuk ke kelas, di hadapan cermin almari aku, aku selalu mendoakan orang yang di dalam cermin itu berubah pada yang lebih baik. kerana aku tahun apa yang dia miliki. orang di dalam cermin itu adalah aku. " Siapakah diri kau pada masa hadapan? " itulah soalan yang aku selalu bertanya pada diri aku sendiri..
Aku berasal dari kampung bersekolah rendah dan menengah di kawasan kampung. Berkubang di parit, pancing belut di paranggan sawah belakang rumah.. wah ada bunyi banjar sikit. tapi aku berketurunan jawa. jawanya pon sikit-sikit je boleh. Waktu aku bersekolah menengah dahulu aku tidak tahu arah tuju aku. keputusan SPM yang mengarut. Masa tu keputusan SPM tu tak penting untuk aku. yang penting aku dah tamat sekolah. Kini baru aku sedar tanpa sijil SPM tu siapalah aku sekarang ini.
Tahun 2009 aku mula sedar pelajaran dan kemahiran amat penting, aku mula belajar semula. Pada 2010 IKM Lumut tempat aku mulakan semula cita-cita aku.. Hanya untuk mendapatkan sijil kemahiran aku mengorbankan masa selama dua tahun.. Aku cuba mendapatkan keputusan yang terbaik.. akhirnya Alhamdulillah aku berjaya mendapatkan sijil kemahiran. kemahiran apa?? lupa pulak nak tulis, Sijil Kemahiran Teknologi Komputer.. sebenarnya aku sendiri pelik,. SPM aku subjek BI 9G kot.. macam mana aku boleh ambil jurusan komputer?
Kini sudah 2013 aku sedang melanjutkan pelajaran aku ke peringkat diploma dalam jurusan Pengawal Rangkaian (" Network Security" cakap omputih). Aku sebenarnya masih tidak sangka yang aku sudah berada di tahap ini yang aku perlu ingat adalah bersyukur.. aku budak kampung bai. bukan nak bangga. tapi aku kesian member aku yang duduk kampung yang malas nak cuba mencari jalan lain untuk belajar lagi dan berjaya walaupon dengan menggunakan kemahiran..
Kalaulah kau baca blog ini, aku harap kau dapat mengubah diri sendiri. Tanyalah diri tu di hadapan cermin " Siapa kau selepas ini? ". aku menulis entry ini bukan untuk korang sahaja tapi untuk diri aku juga. Setiap kali aku ontheway pergi ke kelas dan lalu tepi kereta lecturer aku pasti melihat cermin, untuk melihat diri aku dan bertanya lagi " siapa diri kau? dah la tak hensem~ Err... ".. (0_o!)
Thursday, 7 February 2013
Dia sentiasa berusaha untuk kamu
Jika pihak pertama berusaha untuk mencintai tanpa sokongan dari pihak kedua, apa yang akan berlaku adalah sukar diduga. Sekiranya pihak yang berusaha itu tidak mendapat TINDAK BALAS dari sebelah pihak kedua buat sekian lama, ia akan melemahkan semangat pihak kedua sehingga membuat keputusan yang tidak sepatutnya. Berusaha untuk memiliki kasih sayang, cinta, keserasian, dan kebahagiaan adalah sangat memerlukan pengorbanan.. Pengorbanan yang paling besar adalah MASA (waktu). Sentiasa mencuba meluangkan masa walaupon hanya 1 minit untuk mendengar suara, melihat wajahnya, dan tidak kira apa sahaja yang melibatkan dirinya..
Sampai satu masa semua itu akan hilang sedikit demi sedikit. Pemikiran berubah, ia merupakan berusaha juga. Berusaha untuk melupakan segala galanya. Pihak kedua melihat pihak pertama berusaha mencintai, memahami, dan cuba mendapatkan sepenuhnya kekuatan cinta. tetapi pihak kedua hanya sekadar melihat, bahkan memberi penyiksaan seperti tidak memberi peluang. mengabaikan, dan bermacam macam jenis penyiksaan lagi. Semua penyiksaan ini adalah penyiksaan " PERASAAN ".
Penyiksaan perasaan tidak boleh terlalu lama, risikonya teramat besar dan mampu melumpuhkan semangat seseorang. Lebih-lebih lagi jika seseorang yang berusaha untuk dicinta itu adalah cinta terakhir buat dirinya. Bila seseorang itu sedang berusaha utuk berubah pada lebih baik, jangan samakan dia yang dulu dan percayalah yang dirinya sudah berubah. Terimalah dia kembali dengan hati yang ikhlas. bukan dengan membalas dendam. SEKIRANYA TIDAK MAHU KEHILANGAN DIRINYA. TUNJUKANLAH KESUNGGUHAN KAMU YANG DIRINYA MASIH UNTUK KAMU. " Dia sentiasa berusaha untuk kamu ".
Sunday, 3 February 2013
Cinta Terakhir Berakhir.
Suatu hari pada dua tahun lebih yang lalu satu perasaan telah timbul di dalam hati. Ia amat mendalam, perasaan itu hanya terasa bila sesuatu yang kita nampak di mata lalu hati berkata CINTA dan SAYANG. Perasaan ini akan timbul dalam hati buat semua insan
yang mempunyai pasangan hidup, lebih-lebih lagi untuk pasangan sehidup semati. tapi tak banyak yang mati bersama. Hidup dan mati di tangan tuhan. dan sebegitu ada yang bejanji "AKU MENUNGGUMU DI PINTU SYURGA".
Selama hidupku sehingga hari ini tiada yang cukup indah bila bersamanya, hanya masa yang membezakan dulu dan sekarang. Manusia sentiasa berubah, ada berubah pada yang lebih baik dan ada yang sebaliknya. Ini semua berlaku disebabkan peredaran masa yang tidak menunggu kita. Apa yang kita berubah hanya boleh dinilai oleh orang lain. Tanpa teguran kita belum pasti segala yang kita buat adalah yang terbaik. Kita jangn perlekeh pada seseorang yang baru mula berubah. dan jika kita memuji jangn pula kita ungkit kelemahan seseorang itu. kerana ia boleh melemahkan semangat seseorang untuk berubah.
Aku tiada tempat lain lagi untuk luahkan isi hati aku. kalau taip kat facebook cepat hilang sebab setiap hari ada wall post yang baru.. Ahhh.aku mahu disayangi oleh insan lain selain dari keluarga aku sendiri. Aku sentiasa mencuba berubah pada yang lebih baik. jangn la pandang aku yang dulu. aku tak sangka kau mengatakan " DIA adalah cinta terakhir selepas aku " perhhh!!! rasa gelap sekejap hati aku.. (aku tergamam). di manalah pandanganmu terhadap aku ini? adakah aku lelaki yang paling teruk kau pernah cinta? Selama aku mencintai kau, aku tak pernah sesekali tinggalkan kau. aku tak perlukan perempuaan lain untuk gembirakan aku. aku setia dengan kau!.
Masa itu aku baru mengenalimu. aku jatuh cinta padamu dan ku terima dirimu seadanya.. untuk menguatkan rasa cinta dan kepercayaan pada kau. " Aku BERSUMPAH sekiranya kau ditimpa musibah sehingga cacat anggota badan sekalipon ", aku masih menerima kau untuk sehidup semati dengan aku. Jika aku terpaksa menerima cinta selain dari mu yang tidak lahir dari hati, bagai mana keadaan jiwa dan perasaan aku setelah berumah tangga?. Kita sama-sama makin dewasa, sama-sama boleh berfikir. segala yang aku lakukan adalah untuk masa depan aku dan untuk masa depan kamu.. Aku berharap kau jangan samakan aku yang dahulu.
Luahan yang merapu, tapi aku serius!
Thursday, 31 January 2013
Sejarah Aku Seorang Pencinta
Hari ini aku nak update blog aku yang tak berapa cantik macam korang punyer blog.. aku dah boring tak tahu nak buat apa.. so aku nak update blog aku yang dah agak lama senyap. Hari-hari aku sekang ni makin suram, tak banyak yang membuat aku happy sejak hubungan aku dengan kekasih hati aku bercelaru. dia tiada title awek bagi aku, sebab bagi aku title "awek" ni tak special bagi seseorang yang aku mahu jadikan teman hidup dunia akhirat, bagi aku la.. bagi korang lantak koranglah..
Aku masih menyayangi dia kerana janji aku dia adalah "CINTA TERAKHIR" aku. Aku tak tahulah janji sebegitu mampu pertahankan hubungan atau tidak. Bagi aku, aku tak perlu berjanji setia pada dia sebab aku sememangnya SETIA! bukan nak belagak tapi hakikatnya aku memang setia. Kalau aku berjanji akan setia, macam aku pernah curang plak sebelum ni.. Serius aku tak tipu...
Okay lah, aku nk cerita sedikit pengalaman bercinta aku. Aku ni tak hensem mana pon.. Tak macam Nadim Apeng.. Dulu aku nih seorang pemalu. skang malu tu ada lagi cuma dah kurang sikitlah.. maksud malu aku tu malu dengan pompuan.. masa first aku couple tahun 2004 waktu tu aku form 2. Nokia 3310 tengah top masa tu, aku nak rasa macam mana bercinta ni, tapi nak mengorat tak reti lagi so member aku yang tolong ayatkan.. time tu 1 SMS Rm0.10 cube bayangkan kalau 100 SMS sehari, anggaran kasar la..
huh! masakkk beb.. Cinta pertama aku, cinta SMS. aku dok Selangor dia dok Kedah. jauh giler.. sebab tu la aku cakap cinta SMS, tak pernah jumpe pon.
Bila dah mula pandai bercinta nih, mula la rasa nak tunjuk kelakian, dah mula rasa nak cari awek lain hahaha. Ha! skang aku nk buat pengakuan yang aku dulu "PLAYBOY" serius! Aku tak tahulah dah berapa kali aku couple.. ada masa form 3 tu aku pernah couple 4 perempuan pada waktu yang sama. uit! belagak lak aku nih... hahaha biasa la budak nakal...Pada tahun 2006 aku sudah mula boring dengan sikap aku yang Playboy tu. sejak mula masuk form 4 aku mula azam baru aku berubah mencari cinta yang setia.
Masa form 4 aku terlihat seorang perempuan dan bakal yang menjadi cinta pertama yang aku paling setia. akhirnya aku berjaya memikat dia.. yang aku terkejut dia adalah adik kawan aku sendiri, kawan sebelah meja aku plak tu.. kawan aku tu siap bagi warning lagi kalau nk date jangan depan dia.. hahaha ye baik abang.. terus panggil abang kat kawan aku tu.. lawak betol.
Aku teramat setia pada awek aku tu. tetapi hanya bertahan 2 tahun saja.. dia hilang terus diam tiada khabar berita.. mungkin itu balasan terhadap aku yang permainkan perasaan perempuan masa aku PlayBoy dulu.. Sungguh pedih, perit, sensara dan macam-macam lagi yang hati aku rasa bila ditinggalkan.. inilah kesakitan yang aku buat pada awek-awek aku yang sebelumnya.
Sejak peristiwa itu aku berdiam diri aku berharap dia kembali pada aku. aku kena terima hakikat yang aku single! aku belajar semula hidup single..
Tiga tahun selepas itu, pada tahun 2010 aku sambung study di IKM Lumut. (Sem 1) Tiada yang menarik! maksud aku dak pompuan yang study kat situ la.. tiada yang aku minat langsung. Tiba masuk Sem 2 aku tngok budak junior baru masuk. Aku mula membuka pintu hati aku untuk bercinta yang setia buat kali ke-2. Rupa parasnya tinggi, hitam manis, niat aku untuk mencari yang
benar-benar setia, aku tak memilih, tak cantikpon tak apa, aku hanya mahu KESETIAAN & KEJUJURAN. Aku mula mengenali dia, dia orang area situ jugak, anak ke-4 dari 5 beradik. Permulaan pengenalan yang sangat tenang. Nama dia NUR H_____ Binti AZ_Z. umur dia bawah 20 tahun tapi rasanya tak penting untuk korang tahu.
Akhirnya bertarikh 20/10/2010 aku dan dia bercouple. Dia bukan awek aku tetapi dia merupakan kekasih hati dan juga teman hidup dunia akhirat aku. Dia cukup ISTIMEWA bagi aku. Perlahan lahan kayuh sehingga bertemu family dia, aku tak sangka family dia baik sungguh dengan aku, aku cukup terharu. Mula disaat itu aku bukan sahaja sayang pada dia, malah pada family dia juga. aku tak pernah
couple sampai macam tu..serius!. Hari ini sudah 2 tahun lebih aku bersama dia.. aku masih lagi setia, tiada perempuan lain untuk aku gantikan. Dia segalanya buat aku. Sekiranya aku kehilangan dia, aku rela tak kawin. aku mahu bersendirian. Cinta aku padanya tidak ternilai. aku berharap jika aku ada jodoh bersamanya aku mahu nyanyikan lagu Permata Untuk Isteri padanya.. InsyaAllah..
Assalamualaikum.
Monday, 10 December 2012
Cinta antara sayang dan pengorbanan.
Lirik lagu ini adalah sebahagian dari ungkapan dari hati ku.
Perpisahan itu selalu terjadi
Kepada insan yang bercinta
Sungguh sedihnya rasa
Apabila ianya terjadi
Perpisahan bermula dari dua hati
Yang kehendaknya tak dituruti
Ataupun manusia
Yang berperasaan benci
( korus )
Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa jiwa kerana kehilangannya
Oh oh... mengapa terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari dia takkan kembali
Rintangan dari orang yang tak sudi
Menerima cinta dari hati ini
Menarik diri dan pergi
Membawa serpihan hati yang sepi
( ulang korus )
Perpisahan itu sungguh menyedihkan
Tapi semuanya di tangan takdir
Kita dikatakan pasangan bahagia
Oh... kini terasing luka
Oh... kini terasing luka
Perpisahan mengasing kita
Saturday, 10 November 2012
Convocation Bersama siDia at GMI Bangi.
Aku dikira bernasib baik kerana Convocation diadakan di tempat aku sambung diploma, iaitu di German Malaysian Institute (GMI).Inilah pertama kali dalam hidup aku merasai macam mana bila convo, rasa gementar campur gembira. memang ramai tetamu yang hadir. parking kereta penuh tambah dengan keadaan yang hujan, sungguh sesak. Aku memberi tahu keluarga aku agar datang awal untuk mudah mendapatkan tempat parking kereta.
Convocation ini berlangsung selama 4 hari 5-8 November 2012. Dalam jadual aku pada sidang ke-3 iaitu hari terakhir. Mengetahui segala program tersebut aku merancang untuk bertemu sidia yang juga akan convo bersama. Sebelum ketibaan dia di GMI aku berharap dapat luangkan masa bersamanya, tetapi sayang, dalam minggu itu juga class aku tetap berjalan seperti biasa. tapi.... aku ponteng class jugak.. hehehe.. mena tahan buah hati datang tuu.... dah lama tak jumpa, nak lepas rindu....
Bila ternampak wajahnya. mata hatiku tersenyum, ketika itu dia sedang memegang phone menanyakan aku di mana, sedangkan aku sudah terlihat dia dari jauh... Rindunya pada sidia...
Convocation ini berlangsung selama 4 hari 5-8 November 2012. Dalam jadual aku pada sidang ke-3 iaitu hari terakhir. Mengetahui segala program tersebut aku merancang untuk bertemu sidia yang juga akan convo bersama. Sebelum ketibaan dia di GMI aku berharap dapat luangkan masa bersamanya, tetapi sayang, dalam minggu itu juga class aku tetap berjalan seperti biasa. tapi.... aku ponteng class jugak.. hehehe.. mena tahan buah hati datang tuu.... dah lama tak jumpa, nak lepas rindu....
Bila ternampak wajahnya. mata hatiku tersenyum, ketika itu dia sedang memegang phone menanyakan aku di mana, sedangkan aku sudah terlihat dia dari jauh... Rindunya pada sidia...
Saat bergamba bersama sidia dan family aku.
Tahniah kerana awak telah Graduate!..
Monday, 5 November 2012
Windows 8
Windows 8 adalah satu perisian yang dihasilkan oleh Microsoft untuk kegunaan komputer peribadi, komputer riba, dan tablet. Perisian Windows 8 telah dilancarkan pada 26 Oktober 2012.
Windows 8 telah dinaik taraf terutamanya memberi tumpuan ke arah meningkatkan pengalaman pengguna yang pada peranti mudah alih seperti tablet untuk menyaingi sistem operasi lain seperti Android dan IOS dan penambahbaikan USB 2.0 kepada 3.0
Microsoft telah meningkatkan ciri-ciri keselamatan yang baru seperti penapisan malware dan secure boot. Operasi tersebut dalam bentuk digital untuk mengelakkan malware daripada menjangkiti proses boot. Jika anda telah memiliki Windows 8, anda pasti akan merasa kepantasan operasinya. dari segi startup, shutdown serta transfer data.
Windows 8 telah dinaik taraf terutamanya memberi tumpuan ke arah meningkatkan pengalaman pengguna yang pada peranti mudah alih seperti tablet untuk menyaingi sistem operasi lain seperti Android dan IOS dan penambahbaikan USB 2.0 kepada 3.0
Microsoft telah meningkatkan ciri-ciri keselamatan yang baru seperti penapisan malware dan secure boot. Operasi tersebut dalam bentuk digital untuk mengelakkan malware daripada menjangkiti proses boot. Jika anda telah memiliki Windows 8, anda pasti akan merasa kepantasan operasinya. dari segi startup, shutdown serta transfer data.
Subscribe to:
Posts (Atom)



