Wednesday, 20 February 2013

Menghormati Hubungan Orang Lain.


Sebelum ini aku menyimpan perasaan yang aku tak berani nak luahkan. Tiba suatu masa tu aku terluahkan pada dia, dan dia pula meluahkan perasaan pada aku. Luahan dia sama seperti aku, tapi dia marah aku  sebab aku lambat luahkan pada dia dan tidak bagi hint apa-apa sebelum ni.. Erkk?? Kini dia sudah milik orang lain.. aku dan dia hanya kawan. Aku menghormati hubungan dia dengan kekasih pertamanya

Ceritanya begini. waktu itu di bulan puasa, puasa keberapa aku dah tak ingat, lepas habis class lepak kat  KT5 level 7 sementara nk tunggu pukul 5.30 petang nak pegi bazar Ramadhan. Time lepak tu la aku ternampak seseorang yang sedang lepak di meja sebelah. first pandang eh lawa laa, putih kulit dia, bila die perasan aku, aku just senyum je. Dia duduk sorang-sorang kat meja tu sambil on laptop. (tengah online fb la tu agaknyer)

Tidak lama lepas tu wifi kat level 7 tu ada problem, aku tngok dia macam gelisah sebab tak dapat Internet Access  sehingga  Miss Jamm datang cuba tolong. Miss Jamm tu kenal aku, ntah macam mana Miss tu boleh terniat panggil aku suroh aku tengokkan apa masalah sebenar laptop perempuan tu. Wah! ini la rezeki namanya. bila lagi nak cuba dekat dengan seorang perempuan yang lawa macam dia tu. Tapi ingat niat kena betol! dia mintak tolong kita tolong la baik-baik.

Tapi sayang, aku gagal tolong untuk dapatkan connection internet untuk laptop dia. Sampai Sr. ***** tolongpon masih tak dapat connection.. Aku dah agak dah problem ni bukan dari laptop dia, Access point tu yang problem sebenarnya. Ada cara lain untuk dapat internet tu tapi tak bagus untuk dia sebab dia nak beli ticket online. Cara nak dapat internet tu guna software "Bypass" aku memang tak galakkan dia guna, sebab  software tu ibarat orang tengah. software tu akan save segala user Accound dan password dekat server software Bypass tu. sebab itu la ramai orang kena hack. So aku tak nak ambil risiko aku diam je tak bagi tahu tentang software Bypass tu. Bila dah macam tu aku nak blah la tapi dia mintak no henpon aku. dia cakap mana tahu nanti boleh mintak tolong aku kalau dia ada masalah laptop.. aku pon bagi lahh..

Hari esoknya aku msg dia, aku tanya dia laptop dia dapat internet tak? dia cakap laptop dia okay  dapat connection internet seperti biasa. Hahaha semua seperti yang aku jangka... sejak dari kejadian tu aku mula tertarik dengan dia. Aku takde la kerap sangat msg dia, aku tanya dia "ini sy msg takde sape marah ke nanti?", dia bagi tahu aku yang dia single. ramai lelaki yang msg dia mintak nak couple tapi dia tak nak. "sy nak fokus blaja dulu" so takkan tak faham-faham lagi? Aku pon rilex la banyak lagi masa kalau nak ayat dia, dia nk fokus blaja jangan la ganggu...

Berapa bulan selepas itu dia msg aku "Awak saya dah ada bf.. Alhamdulillah..".. Mata aku terkebil kebil baca msg dari dia. Erkk?? Aku dengan dia just kawan belum ada apa-apa hubungan so  think positive. Baguslah hati dia terbuka untuk bercouple. Untung lelaki tu kerana menjadi CINTA PERTAMA dari sidia... Mungkin Allah nak tunjuk bahawa CINTA TERAKHIR aku bukan pada dia, tapi pada seseorang yang aku cinta sebelum ini NUR HIDAYAH BINTI AZIZ.

Sebenarnya aku tak berani nak upload entry ni sebab nak jaga hati cinta terakhir aku. tapi sebentar tadi dia bagi tahu dia sudah tidak cintakan aku lagi.. so tiada sebab untuk aku takut nak upload. inilah  sebab aku upload dan aku harap cinta terakhir aku faham apa yang aku cuba sampaikan... Kau cinta terakhir aku NUR HIDAYAH. jangan kau hilangkan perasaan cinta aku terhadap engkau. Kenangan aku bersama kau terlalu banyak. dan aku harap jangan terlalu selesa dengan cinta aku. Cinta aku ibarat bunga yang disiram air dan baja. jika tidak ia akan layu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...