Thursday, 7 February 2013
Dia sentiasa berusaha untuk kamu
Jika pihak pertama berusaha untuk mencintai tanpa sokongan dari pihak kedua, apa yang akan berlaku adalah sukar diduga. Sekiranya pihak yang berusaha itu tidak mendapat TINDAK BALAS dari sebelah pihak kedua buat sekian lama, ia akan melemahkan semangat pihak kedua sehingga membuat keputusan yang tidak sepatutnya. Berusaha untuk memiliki kasih sayang, cinta, keserasian, dan kebahagiaan adalah sangat memerlukan pengorbanan.. Pengorbanan yang paling besar adalah MASA (waktu). Sentiasa mencuba meluangkan masa walaupon hanya 1 minit untuk mendengar suara, melihat wajahnya, dan tidak kira apa sahaja yang melibatkan dirinya..
Sampai satu masa semua itu akan hilang sedikit demi sedikit. Pemikiran berubah, ia merupakan berusaha juga. Berusaha untuk melupakan segala galanya. Pihak kedua melihat pihak pertama berusaha mencintai, memahami, dan cuba mendapatkan sepenuhnya kekuatan cinta. tetapi pihak kedua hanya sekadar melihat, bahkan memberi penyiksaan seperti tidak memberi peluang. mengabaikan, dan bermacam macam jenis penyiksaan lagi. Semua penyiksaan ini adalah penyiksaan " PERASAAN ".
Penyiksaan perasaan tidak boleh terlalu lama, risikonya teramat besar dan mampu melumpuhkan semangat seseorang. Lebih-lebih lagi jika seseorang yang berusaha untuk dicinta itu adalah cinta terakhir buat dirinya. Bila seseorang itu sedang berusaha utuk berubah pada lebih baik, jangan samakan dia yang dulu dan percayalah yang dirinya sudah berubah. Terimalah dia kembali dengan hati yang ikhlas. bukan dengan membalas dendam. SEKIRANYA TIDAK MAHU KEHILANGAN DIRINYA. TUNJUKANLAH KESUNGGUHAN KAMU YANG DIRINYA MASIH UNTUK KAMU. " Dia sentiasa berusaha untuk kamu ".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment