Wednesday, 20 February 2013

Menghormati Hubungan Orang Lain.


Sebelum ini aku menyimpan perasaan yang aku tak berani nak luahkan. Tiba suatu masa tu aku terluahkan pada dia, dan dia pula meluahkan perasaan pada aku. Luahan dia sama seperti aku, tapi dia marah aku  sebab aku lambat luahkan pada dia dan tidak bagi hint apa-apa sebelum ni.. Erkk?? Kini dia sudah milik orang lain.. aku dan dia hanya kawan. Aku menghormati hubungan dia dengan kekasih pertamanya

Ceritanya begini. waktu itu di bulan puasa, puasa keberapa aku dah tak ingat, lepas habis class lepak kat  KT5 level 7 sementara nk tunggu pukul 5.30 petang nak pegi bazar Ramadhan. Time lepak tu la aku ternampak seseorang yang sedang lepak di meja sebelah. first pandang eh lawa laa, putih kulit dia, bila die perasan aku, aku just senyum je. Dia duduk sorang-sorang kat meja tu sambil on laptop. (tengah online fb la tu agaknyer)

Tidak lama lepas tu wifi kat level 7 tu ada problem, aku tngok dia macam gelisah sebab tak dapat Internet Access  sehingga  Miss Jamm datang cuba tolong. Miss Jamm tu kenal aku, ntah macam mana Miss tu boleh terniat panggil aku suroh aku tengokkan apa masalah sebenar laptop perempuan tu. Wah! ini la rezeki namanya. bila lagi nak cuba dekat dengan seorang perempuan yang lawa macam dia tu. Tapi ingat niat kena betol! dia mintak tolong kita tolong la baik-baik.

Tapi sayang, aku gagal tolong untuk dapatkan connection internet untuk laptop dia. Sampai Sr. ***** tolongpon masih tak dapat connection.. Aku dah agak dah problem ni bukan dari laptop dia, Access point tu yang problem sebenarnya. Ada cara lain untuk dapat internet tu tapi tak bagus untuk dia sebab dia nak beli ticket online. Cara nak dapat internet tu guna software "Bypass" aku memang tak galakkan dia guna, sebab  software tu ibarat orang tengah. software tu akan save segala user Accound dan password dekat server software Bypass tu. sebab itu la ramai orang kena hack. So aku tak nak ambil risiko aku diam je tak bagi tahu tentang software Bypass tu. Bila dah macam tu aku nak blah la tapi dia mintak no henpon aku. dia cakap mana tahu nanti boleh mintak tolong aku kalau dia ada masalah laptop.. aku pon bagi lahh..

Hari esoknya aku msg dia, aku tanya dia laptop dia dapat internet tak? dia cakap laptop dia okay  dapat connection internet seperti biasa. Hahaha semua seperti yang aku jangka... sejak dari kejadian tu aku mula tertarik dengan dia. Aku takde la kerap sangat msg dia, aku tanya dia "ini sy msg takde sape marah ke nanti?", dia bagi tahu aku yang dia single. ramai lelaki yang msg dia mintak nak couple tapi dia tak nak. "sy nak fokus blaja dulu" so takkan tak faham-faham lagi? Aku pon rilex la banyak lagi masa kalau nak ayat dia, dia nk fokus blaja jangan la ganggu...

Berapa bulan selepas itu dia msg aku "Awak saya dah ada bf.. Alhamdulillah..".. Mata aku terkebil kebil baca msg dari dia. Erkk?? Aku dengan dia just kawan belum ada apa-apa hubungan so  think positive. Baguslah hati dia terbuka untuk bercouple. Untung lelaki tu kerana menjadi CINTA PERTAMA dari sidia... Mungkin Allah nak tunjuk bahawa CINTA TERAKHIR aku bukan pada dia, tapi pada seseorang yang aku cinta sebelum ini NUR HIDAYAH BINTI AZIZ.

Sebenarnya aku tak berani nak upload entry ni sebab nak jaga hati cinta terakhir aku. tapi sebentar tadi dia bagi tahu dia sudah tidak cintakan aku lagi.. so tiada sebab untuk aku takut nak upload. inilah  sebab aku upload dan aku harap cinta terakhir aku faham apa yang aku cuba sampaikan... Kau cinta terakhir aku NUR HIDAYAH. jangan kau hilangkan perasaan cinta aku terhadap engkau. Kenangan aku bersama kau terlalu banyak. dan aku harap jangan terlalu selesa dengan cinta aku. Cinta aku ibarat bunga yang disiram air dan baja. jika tidak ia akan layu...

Friday, 8 February 2013

Kalaulah Kau Baca Blog Ini



Satu ketika aku mencari terasa tak mungkin ianya akan ku jumpa. Tiba masa aku terlihat, ia sudah tidak bermakna lagi.. Pandangan sebelah mata atau buat tak ENDAH itulah reaksi aku. Kini apa yang aku ada hanyalah kenangan sejarah yang tidak akan dapat aku lupakan. Huhhhh~ Senafas Rindu Berlalu.

Waktu ini, hanya Mi Sedap yang dapat menemani aku untuk aku meneruskan ayat-ayat pada entry aku kali ini. Huh! terasa nikmat kesedapan Mi sedap rasa bahagia sangat-sangat...apa? nak?? pegi masak sendiri. masak Mi Sedap pon malas ke? payah  kalau orang yang nak makan tapi malas nak masak sendiri. kebulurlah kau kat situ. Eh! asal macam lari tajuk pulak ni??
Hehehe~ sorry-sorry...

Sekarang sudah pukul 23:03 bermakna sudah 23jam 3 minit berlalu untuk hari ini. asal, pelik ke aku cakap? Err~.  Aku teringat kata-kata dari family aku  " BERSEDIA UNTUK TIDAK MEMILIKI APA-APA ". Setiap hari waktu bersiap untuk ke kelas, di hadapan cermin almari aku, aku selalu mendoakan orang yang di dalam cermin itu berubah pada  yang lebih baik. kerana aku tahun apa yang dia miliki. orang di dalam cermin itu adalah aku. " Siapakah diri kau pada masa hadapan? " itulah soalan yang aku selalu bertanya pada diri aku sendiri..

Aku berasal dari kampung bersekolah rendah dan menengah di kawasan kampung. Berkubang di parit, pancing belut di paranggan sawah belakang rumah.. wah ada bunyi banjar sikit. tapi aku berketurunan jawa. jawanya pon sikit-sikit je boleh. Waktu aku bersekolah menengah dahulu aku tidak tahu arah tuju aku. keputusan SPM yang mengarut. Masa tu keputusan SPM tu tak penting untuk aku. yang penting aku dah tamat sekolah. Kini baru aku sedar tanpa sijil SPM tu siapalah aku sekarang ini.

Tahun 2009 aku mula sedar pelajaran dan kemahiran amat penting, aku mula belajar semula. Pada 2010 IKM Lumut tempat aku mulakan  semula cita-cita aku.. Hanya untuk mendapatkan sijil kemahiran aku mengorbankan masa selama dua tahun.. Aku cuba mendapatkan keputusan yang terbaik.. akhirnya Alhamdulillah aku berjaya mendapatkan sijil kemahiran. kemahiran apa?? lupa pulak nak tulis, Sijil Kemahiran Teknologi Komputer.. sebenarnya aku sendiri pelik,. SPM aku subjek BI 9G kot.. macam mana aku boleh ambil jurusan komputer?

Kini sudah 2013 aku sedang melanjutkan pelajaran aku ke peringkat diploma dalam jurusan Pengawal Rangkaian  (" Network Security" cakap omputih). Aku sebenarnya masih tidak sangka yang aku sudah berada di tahap ini yang aku perlu ingat adalah bersyukur..  aku budak kampung bai. bukan nak bangga. tapi aku kesian member aku yang duduk kampung  yang malas nak cuba mencari jalan lain untuk belajar lagi dan berjaya walaupon dengan menggunakan kemahiran..

Kalaulah kau baca blog ini, aku harap kau dapat mengubah diri sendiri. Tanyalah diri tu di hadapan cermin " Siapa kau selepas ini? ". aku menulis entry ini bukan untuk korang sahaja tapi untuk diri aku juga. Setiap kali aku ontheway pergi ke kelas dan lalu tepi kereta lecturer aku pasti melihat cermin, untuk melihat diri aku dan bertanya lagi " siapa diri kau? dah la tak hensem~ Err... "..   (0_o!)



Thursday, 7 February 2013

Dia sentiasa berusaha untuk kamu


        Jika pihak pertama berusaha untuk mencintai tanpa sokongan dari pihak kedua, apa yang akan berlaku adalah sukar diduga. Sekiranya pihak yang berusaha itu tidak mendapat TINDAK BALAS dari sebelah pihak kedua buat sekian lama, ia akan melemahkan semangat pihak kedua sehingga membuat keputusan yang tidak sepatutnya. Berusaha untuk memiliki kasih sayang, cinta, keserasian, dan kebahagiaan adalah sangat memerlukan pengorbanan.. Pengorbanan yang paling besar adalah MASA (waktu). Sentiasa mencuba meluangkan masa walaupon hanya 1 minit untuk mendengar suara, melihat wajahnya, dan tidak kira apa sahaja yang melibatkan dirinya..

Sampai satu masa semua itu akan hilang sedikit demi sedikit. Pemikiran berubah, ia merupakan berusaha juga. Berusaha untuk melupakan segala galanya.  Pihak kedua melihat pihak pertama berusaha mencintai, memahami, dan cuba mendapatkan sepenuhnya kekuatan cinta. tetapi pihak kedua  hanya sekadar melihat, bahkan memberi penyiksaan seperti tidak memberi peluang. mengabaikan, dan bermacam macam jenis penyiksaan lagi. Semua penyiksaan ini adalah penyiksaan " PERASAAN ".

Penyiksaan perasaan tidak boleh terlalu lama, risikonya teramat besar dan mampu melumpuhkan semangat seseorang. Lebih-lebih lagi jika seseorang yang berusaha untuk dicinta itu adalah cinta terakhir buat dirinya. Bila seseorang itu sedang berusaha utuk berubah pada lebih baik, jangan samakan dia yang dulu dan percayalah yang dirinya sudah berubah. Terimalah dia kembali dengan hati yang ikhlas. bukan dengan membalas dendam. SEKIRANYA TIDAK MAHU KEHILANGAN DIRINYA. TUNJUKANLAH KESUNGGUHAN KAMU YANG DIRINYA MASIH UNTUK KAMU. " Dia sentiasa berusaha untuk kamu ".

Sunday, 3 February 2013

Cinta Terakhir Berakhir.


Suatu hari pada dua tahun lebih yang lalu satu perasaan telah timbul di dalam hati. Ia amat mendalam, perasaan itu hanya terasa bila sesuatu yang kita nampak di mata lalu hati berkata CINTA dan SAYANG. Perasaan ini akan timbul dalam hati buat semua insan
yang mempunyai pasangan hidup, lebih-lebih lagi untuk pasangan sehidup semati. tapi tak banyak yang mati bersama. Hidup dan mati di tangan tuhan. dan sebegitu ada yang bejanji "AKU MENUNGGUMU DI PINTU SYURGA".

Selama hidupku sehingga hari ini tiada yang cukup indah bila bersamanya, hanya masa yang membezakan dulu dan sekarang. Manusia sentiasa berubah, ada berubah pada yang lebih baik dan ada yang sebaliknya. Ini semua berlaku disebabkan peredaran masa yang tidak menunggu kita. Apa yang kita berubah hanya boleh dinilai oleh orang lain. Tanpa teguran kita belum pasti segala yang kita buat adalah yang terbaik. Kita jangn perlekeh pada seseorang yang baru mula berubah. dan jika kita memuji jangn pula kita ungkit kelemahan seseorang itu. kerana ia boleh melemahkan semangat seseorang untuk berubah.

Aku tiada tempat lain lagi untuk luahkan isi hati aku. kalau taip kat facebook cepat hilang sebab setiap hari ada wall post yang baru.. Ahhh.aku mahu disayangi oleh insan lain selain dari keluarga aku sendiri. Aku sentiasa mencuba berubah pada yang lebih baik. jangn la pandang aku yang dulu. aku tak sangka kau mengatakan " DIA adalah cinta terakhir selepas aku " perhhh!!! rasa gelap sekejap hati aku.. (aku tergamam). di manalah pandanganmu terhadap aku ini? adakah aku lelaki yang paling teruk kau pernah cinta? Selama aku mencintai kau, aku tak pernah sesekali tinggalkan kau. aku tak perlukan perempuaan lain untuk gembirakan aku. aku setia dengan kau!.

Masa itu aku baru mengenalimu. aku jatuh cinta padamu dan ku terima dirimu seadanya.. untuk menguatkan rasa cinta dan kepercayaan pada kau. " Aku BERSUMPAH sekiranya kau ditimpa musibah sehingga cacat anggota badan sekalipon ", aku masih menerima kau untuk sehidup semati dengan aku. Jika aku terpaksa menerima cinta selain dari mu yang tidak lahir dari hati, bagai mana keadaan jiwa dan perasaan aku setelah berumah tangga?. Kita sama-sama makin dewasa, sama-sama boleh berfikir. segala yang aku lakukan adalah untuk masa depan aku dan untuk masa depan kamu.. Aku berharap kau jangan samakan aku yang dahulu.

Luahan yang merapu, tapi aku serius!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...