Topik: Dakwah
Ada satu kitab menyatakan bahawa syaitan juga sering mengalami
sakit-sakit dan patah riuk kaki dan tangannya dalam usaha
mengganggu dan melalaikan manusia.Walau seteruk mana pun
penyakitnya dan patah kakinya, namun ada sejenis ubat yang
mampu membantu memulihkan penyakitnya itu.
Boleh dikatakan setiap hari syaitan dan iblis mengalami patah
kaki dan tangan yang serius hingga dimasukkan ke wad ICU
hospital syaitan dan iblis. Tapi kita sebagai umat Islam
jugalah yang rupanya bersimpati dengan nasib iblis-iblis ini
dengan memberikan mereka ubat supaya sihat.
Dipendekkan cerita, suatu hari bapa iblis telah mengarahkan
anak-anaknya supaya pergi mengganggu umat Islam yang baru
hendak solat di masjid. Apabila sampai sahaja di masjid, si
anak-anak iblis ini sudah bersedia untuk menghasut dan
melalaikan para jemaah. Tiba-tiba berkumandanglah azan. Maka
larilah iblis dan syaitan yang dilaknat lintang pukang. Ada
yang terlanggar bukit, pokok besar, busut dan seumpamanya dan
mereka lari sehingga tak terdengar lagi di telinga mereka
laungan azan.
Maka iblis-iblis tadi meraung kesakitan kerana cedera parah.
Ada yang patah tangan, yang patah kaki, yang patah leher, yang
terseliuh dan sebagainya. Lalu datanglah bapak ibis tadi.
Melihatkan kecederaan yang dialami anak-anaknya, bapa iblis
lalu memberitahu bahawa hanya ada satu saja ubat yang boleh
menyembuhkan kecederaan parah yang mereka alami itu. Lalu bapa
iblis menyuruh anak-anaknya yang cedera agar pergi ke rumah
orang Islam dan carilah air kencing orang yang kencing berdiri
dan sapulah ke tempat yang luka cedera parah. Sepantas kilat
mereka pergi ke rumah orang Islam dan mencari orang Islam yang
kencing berdiri lalu melakukan sebagaimana yang diarahkan bapa
mereka. Dengan serta merta kecederaan mereka sembuh bagai
sediakala. Sejak dari itu, anak-anak dan keturunan iblis yang
cedera parah akibat mengganggu manusia, akan pergi mendapatkan
air kencing orang Islam yang kencing berdiri untuk dijadikan
ubat.
Kesimpulannya, orang yang kencing berdiri inilah yang tanpa
kita sedari telah menjadi punca iblis sentiasa sihat dan segar
bugar. Ramai mengetahui, orang lelaki kebanyakannya kencing
berdiri, hinggakan complexes pun menyediakan tempat kencing
berdiri untuk orang lelaki. Oleh itu, jangan kencing berdiri,
kerana tentu kita tak mahu menjadi doctor bagi syaitan dan
iblis yang sentiasa menyesatkan umat, betul tak??? Tolong
sebarkan! Wallahua’lam?.